cara simpan tepung

Tepung memang antara bahan asas yang wajib ada di dapur. Tapi kalau tak tahu cara simpan tepung dengan betul, mudah sangat ia jadi lembap, berbau hapak atau lebih teruk masuk bubuk! Sayang nak buang, tapi kalau dah rosak memang tak selamat nak guna.

Sebenarnya, ada beberapa langkah mudah yang boleh kita amalkan supaya tepung tahan lebih lama, bebas serangga dan tetap elok walaupun disimpan berbulan-bulan. Tak perlu pun simpan dalam peti sejuk, cukup jika tahu teknik penyimpanan yang betul di dapur biasa.

Jom kami kongsikan tip dan cara yang boleh bantu anda elak pembaziran dan jimat kos dapur juga!

Baca juga: Petua Simpan Cili Padi Agar Tahan Lama, Lebih 2 Minggu Pun Masih Segar Macam Baru Petik!

CARA SIMPAN TEPUNG AGAR TAK MASUK BUBUK

cara simpan tepung

1. Sangai Tepung Sekejap (Jika Perlu)

Untuk tepung yang dibeli dalam kuantiti banyak, sangai (goreng tanpa minyak) sebentar atas api kecil. Ini bantu kurangkan kelembapan dan matikan telur serangga kecil yang mungkin ada dalam tepung.

Tak perlu sangai semua jenis tepung. Fokus pada tepung gandum, tepung beras dan tepung pulut jika nak simpan lama.

2. Simpan Dalam Bekas Kedap Udara

Elakkan simpan dalam plastik asal. Gunakan bekas kaca atau plastik bertutup rapat untuk elakkan kelembapan dan serangga. Labelkan dengan tarikh pembelian supaya senang dipantau.

3. Letakkan Daun Limau Purut atau Daun Salam

Selain itu, anda juga boleh meletakkan daun limau purut, salam atau bay leaf ke dalam bekas simpanan. Bau herba ini membantu menghalau bubuk secara semula jadi.

4. Masukkan Sedikit Garam Dalam Balang

Selain itu, boleh cuba trik orang dulu-dulu iaitu dengan meletakkan secubit garam dalam bekas tepung. Ia serap lembapan dan elakkan serangga daripada bersarang.

5. Simpan Di Tempat Sejuk & Kering

Letakkan bekas tepung di tempat yang tidak terkena cahaya matahari secara langsung dan jauh dari kawasan sinki atau dapur memasak yang lembap.

6. Bekukan Sekejap Selepas Beli

Kalau nak lebih selamat, masukkan tepung ke dalam freezer selama 2-3 hari selepas beli. Ini bantu bunuh larva serangga halus yang kadang tak nampak mata kasar.

Sumber: The Spruce Eats

Baca juga: Petua Mak-Mak Simpan Rebung Supaya Tahan Lama, Setahun Pun Masih Elok & Tak Masam!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN