kacang botol

Kacang botol memang antara sayur kampung yang sedap dijadikan ulam, ditumis atau dimasak sambal. Ia juga merupakan salah satu sayur yang digemari ramai.

Tapi kalau tak disimpan dengan betul, sayur ini cepat lembik dan tak sedap dimakan. Jadi, jom belajar cara siang dan simpan kacang botol supaya tahan lebih lama dan kekal rangup!

Baca juga: Mata Blender Tumpul? Cuba Petua Mudah Ini, Hasilnya Tajam Macam Baru!

Cara Siang Kacang Botol Supaya Kekal Segar & Rangup

kacang botol

Berikut merupakan cara siang:

  1. Basuh bersih di bawah air mengalir untuk buang kotoran dan serangga kecil.
  2. Potong hujung atas dan bawah kacang botol (macam siang kacang panjang).
  3. Kalau kacang agak tua, boleh belah dua memanjang supaya lebih mudah dimasak dan tak keras.
  4. Tak perlu buang bahagian tepi yang bergerigi, itu yang buat kacang ini unik dan rangup!

Cara Simpan Supaya Tahan Lama Dalam Peti Ais

Berikut merupakan cara simpan:

  1. Pastikan kacang kering sepenuhnya sebelum disimpan (lepas basuh, toskan dan lap kering dengan tisu dapur).
  2. Simpan dalam bekas kedap udara atau plastik ziplock. Boleh juga bungkus dengan kertas surat khabar dan masukkan dalam plastik.
  3. Letakkan dalam ruang sayur (chiller) dalam peti sejuk, bukan di bahagian sejuk beku.
  4. Elak simpan kacang bersama sayur berbau kuat seperti daun ketumbar, boleh menjejaskan kesegarannya.

Tip tambahan: Sayur ini paling sedap dimakan dalam tempoh 2-3 hari lepas dibeli atau dituai. Kalau terlalu lama, ia akan jadi liat dan hilang rasa manis semula jadi.

Sumber: Mingguan Wanita

Baca juga: Tip Elak Alatan Kayu Dapur Naik Kulat Putih, Cara No. 6 Dijamin Paling Berkesan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN