Categories: Tips & Petua

Cara Simpan Bawang Putih Frozen, Buat Macam Ini Tak Perlu Cincang Setiap Kali Masak

Kalau selalu rasa leceh nak kupas dan cincang bawang putih setiap kali masuk dapur, ada satu cara simpan bawang putih yang boleh buat kerja memasak jadi lebih mudah.

Bawang putih yang sudah dikupas dan dicincang boleh disimpan dalam ziplock sebelum dimasukkan ke dalam freezer. Menariknya, tak perlu bekukan satu ketulan besar kerana bawang putih boleh dibahagikan kepada petak-petak kecil terlebih dahulu.

Bila nak masak, cuma patahkan bahagian yang diperlukan dan terus masukkan ke dalam masakan. Tak perlu keluarkan satu beg penuh atau mencincang bawang putih dari awal setiap kali memasak.

Baca juga: Bawang Kisar Tahan Lama, Ini 7 Petua Mudah Supaya Tak Cepat Berair & Rosak

CARA SIMPAN BAWANG PUTIH

Bahan-bahan:

  • 500g bawang putih yang sudah dikupas
  • 1 beg ziplock bersaiz besar

Cara-cara:

  1. Masukkan bawang putih yang sudah dikupas ke dalam chopper atau food processor. Cincang sehingga halus mengikut tekstur yang diingini.
  2. Masukkan bawang putih cincang ke dalam beg ziplock.
  3. Ratakan bawang putih di dalam beg sehingga menjadi lapisan nipis dan sekata. Tekan perlahan-lahan sambil keluarkan udara sebanyak mungkin sebelum ziplock ditutup.
  4. Gunakan pembaris atau objek yang lurus untuk membuat garisan pada bawang putih sehingga terbentuk petak atau segi empat kecil.
  5. Letakkan beg ziplock secara rata di dalam freezer. Elakkan mengalihkannya sehingga bawang putih benar-benar beku, sekurang-kurangnya 2 jam.
  6. Selepas beku, bawang putih boleh dipatahkan mengikut petak yang diperlukan. Ambil bahagian secukupnya setiap kali hendak memasak.
  7. Bawang putih yang disimpan dengan cara ini boleh digunakan dalam tempoh sekitar 3 hingga 4 bulan untuk kualiti terbaik, seperti yang dikongsikan oleh sumber asal.

Cara ini memang sesuai untuk yang selalu menggunakan bawang putih dalam masakan harian. Sekali buat dalam kuantiti banyak, kemudian simpan dalam freezer dan ambil sedikit demi sedikit bila diperlukan.

Sumber: Lemon8 ShellyEAT

Baca juga: Bawang Kisar Tahan Lama, Ini 7 Petua Mudah Supaya Tak Cepat Berair & Rosak

Wan N

Recent Posts

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

4 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

4 hours ago

Puluhan Pasar Raya Di Eropah Jadi Sasaran ‘Serangan Siber’, Stok Makanan Rosak Akibat Peti Sejuk Panas!

Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…

5 hours ago

Tak Perlu Tumis Pun! Sup Rumpai Laut Bebola Daging, Kuahnya Ringan Tapi Mengenyangkan

Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…

6 hours ago

Tips Tomyam Sedap Ala Kedai Thai, Jangan Lupa Masukkan 2 Bahan INI Dalam Kuah!

Nak hasilkan tomyam yang rasanya masam pedas, cukup rasa dan beraroma seperti di restoran Thai?…

6 hours ago

Buat Puding Roti Tanpa Oven, Lapis 3 Warna Dengan Rasa Lemak Manis Yang Memikat!

Nak sediakan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu menggunakan oven? Resipi puding roti tanpa oven…

6 hours ago