souffle pancake

Setiap kali pergi kafe, menu souffle pancake sentiasa menjadi kegilaan. Anak-anak pun memang susah nak tolak bila nampak yang gebu-gebu, tinggi dan nampak macam awan. Tapi bila tengok harga, sepinggan boleh cecah RM10 ke atas, memang fikir dua kali juga nak beli selalu.

Sebenarnya, tak perlu berbelanja mahal pun. Resipi ini boleh dibuat sendiri di rumah dengan bahan yang sangat ringkas. Modal utama cuma 3 biji telur sahaja, tapi hasilnya tetap lembut, ringan dan sedap macam di kafe.

Teksturnya memang lain daripada pancake biasa. Bila makan, rasa macam ‘makan awan’! lembut, gebu dan cair dalam mulut. Sesuai sangat untuk sarapan santai atau hidangan istimewa untuk anak-anak.

Baca juga: Resipi Baby Pancake Mini Yang Bulat Comel, Kekal Gebu & Lembut Walaupun Dah Sejuk

RESEPI SOUFFLE PANCAKE

souffle pancake

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur (asingkan kuning dan putih)
  • 1–2 sudu besar gula pasir
  • Secubit garam
  • Madu (secukupnya)
  • Gula aising (untuk taburan)
  • Mentega (untuk memasak)

Cara-cara penyediaan:

  1. Gaul kuning telur bersama secubit garam hingga sebati.
  2. Pukul putih telur bersama gula pasir sehingga kembang dan mencapai tahap “stiff peak”.
  3. Tanda adunan sudah cukup kaku:
  4. Bila mangkuk diterbalikkan, adunan tidak jatuh
  5. Jika tidak cukup kaku, pancake akan mudah kempis
  6. Masukkan kuning telur ke dalam adunan putih telur. Gaul perlahan-lahan menggunakan teknik “folding” (gaul balik).
  7. Elakkan mengacau terlalu kuat kerana ia akan menghilangkan udara dalam adunan. Cukup sekadar sebati.
  8. Panaskan kuali dengan api kecil dan sapukan sedikit mentega.
  9. Masukkan semua adunan ke dalam kuali dan ratakan perlahan.
  10. Tutup kuali dan masak selama lebih kurang 8 minit. Wap panas membantu pancake masak sekata hingga ke dalam tanpa hangus.
  11. Apabila bahagian atas sudah tidak melekat, lipat pancake menjadi dua (bentuk separuh bulat).
  12. Angkat dan hidangkan dengan taburan gula aising serta siraman madu mengikut cita rasa.

Sumber: Thread

Baca juga: Resipi Pancake Pandan, Setiap Gigitan Terasa Kastard Yang Lembut & Berkrim!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN