petua elak lipas

Siapa yang tak geram bila buka kabinet dapur, tiba-tiba nampak lipas berlari? Bukan saja geli, tapi boleh bawa kuman dan buat barang dapur berbau. Jadi, penting untuk kita tahu petua elak lipas yang berkesan dan selamat.

Kalau nak dapur kekal bersih dan bebas lipas, kuncinya ialah jaga kebersihan dan guna bahan semula jadi yang lipas memang ‘tak suka’. Jom cuba beberapa petua yang berkesan di bawah ini.

Baca juga: Terus Goreng Atau Defrost Dulu? Ini Cara Goreng Makanan Sejuk Beku Yang Ramai Salah Buat!

7 PETUA ELAK LIPAS BERSARANG DALAM KABINET DAPUR

petua elak lipas

1. Letak Daun Pandan

Daun pandan bukan saja wangi untuk masakan, tapi baunya sangat tak digemari lipas. Potong kecil dan letakkan dalam kabinet atau laci dapur. Bila bau dah hilang, ganti dengan daun baru.

2. Serbuk Kopi & Serbuk Soda

Campurkan serbuk kopi dengan serbuk soda bikarbonat dalam mangkuk kecil dan letak di sudut kabinet. Bau kopi menyerap bau hapak manakala soda bantu halau lipas secara semula jadi.

3. Sembur Campuran Cuka & Lemon

Buat semburan DIY iaitu campurkan cuka putih, perahan lemon dan sedikit air, kemudian lap bahagian dalam kabinet. Campuran ini bukan saja bersihkan permukaan tapi juga buat lipas tak berani datang.

4. Pastikan Kabinet Sentiasa Kering

Lipas suka tempat yang lembap. Jadi pastikan kabinet sentiasa kering dan berudara, terutamanya bahagian bawah sinki. Lap tumpahan air segera dan jangan biar kain lembap dalam kabinet.

5. Simpan Barang Dalam Bekas Bertutup

Makanan kering seperti gula, tepung dan bijirin mudah tarik perhatian lipas kalau dibiarkan terbuka. Gunakan bekas kedap udara supaya tak ada sisa makanan yang boleh menarik serangga.

6. Bersihkan Celah & Sudut Kabinet

Sekali-sekala, keluarkan semua barang dan lap bersih keseluruhan kabinet. Gunakan campuran air panas dan sabun untuk cuci celah yang sukar dicapai. Ini cara paling penting untuk cegah lipas datang semula.

7. Guna Kulit Limau Kering

Letakkan kulit limau kering atau hirisan timun dalam kabinet. Lipas juga tak suka bau ini!

Dengan petua-petua mudah ini, kabinet dapur bukan saja bebas lipas tapi juga lebih bersih dan wangi. Tak perlu semburan kimia pun, cukup dengan bahan dapur yang ada di rumah.

Sumber: Today’s homeowner

Baca juga: Petua Cuci Ikan Keli Supaya Hilang Hanyir & Lendir, Baru Berani Goreng Sebab Tak Meletup!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN