cara rebus laksa

Tercari-cari cara rebus laksa supaya ia cepat lembut? Maklumlah, nak rebus laksa kering memang memakan masa yang agak lama.

Rupa-rupanya ada petua merebus laksa untuk melembutkannya dengan cepat dalam masa 10 minit saja. Tak ramai tahu tips ini selain dari orang Utara!

Kalau nak tahu apa petuanya, jom baca perkongsian yang telah dikongsi oleh Suzana Saad yang merupakan seorang tauke laksa.

Baca juga: Resipi Laksa Lemak Siam, Menu ‘Rare’ Untuk Rumah Terbuka

CARA REBUS LAKSA SUPAYA CEPAT LEMBUT

Dulu saya kalau nak buat laksa, malas bab nak rebus laksa sbb kena rebus lama. Tapi lepas dapat cara baru dari toUKE laksa, bila-bila terasa nk makan laksa, terus pergi cari ikan.

Cara penyediaan:

Rendam laksa kering selama semalaman atau selama 2 jam pun ok dah.

cara rebus laksa

Dengan menggunakan air rendaman laksa tadi, rebus sehingga mendidih dalam tempoh masa 10 minit.

Tutup api dan tutup periuk menggunakan penutup periuk.

 Biarkan dalam air panas selama 1 jam. Kemudian boleh tapis laksa tapi jangan dibasuh. Biarkan dalam penapis macam tu saja. Kemudian dah boleh dimakan.

cara rebus laksa

Kredit petua dan gambar: Suzana Saad

Baca juga: Cara Buat Laksa Kedah Padu, Sedap & Likat. Memang Kaw Punyalah!

Baca juga: Resipi ‘Laksa Express’ Guna Sardin Tin, Sekejap Je Dah Siap Masak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN