Sayur petola sering digunakan dalam masakan, tetapi memilih petola yang manis bukanlah mudah. Kadang-kadang, kita terbeli petola yang pahit dan keras yang boleh merosakkan hidangan.
Untuk memastikan anda mendapat petola yang benar-benar manis dan sedap, ada beberapa perkara mudah yang perlu diperhatikan. Anda perlu tahu cara memeriksa warna, tekstur, dan ukuran petola untuk memilih yang terbaik.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan panduan ringkas dan berguna untuk membantu anda memilih petola yang betul. Dengan mengikuti tips ini, anda boleh elakkan dari membeli petola yang keras, tua serta pahit.
Baca juga: Tips Pilih Buah Anggur Yang Manis Dan Berkualiti, Fresh Macam Baru Petik!
1. Periksa Bekas Gigitan Serangga
Pastikan petola yang dipilih tidak mempunyai bekas gigitan serangga yang menyebabkan lubang kecil. Biasanya, kawasan di sekeliling lubang tersebut akan berwarna kuning cair.
2. Tekan Petola
Tekan petola dengan lembut. Pilih petola yang masih lembut pada sentuhan. Petola yang sudah tua biasanya akan terasa keras dan bersabut.
3. Lihat Warna Kulit
Pilih petola yang kulitnya berwarna hijau cerah dan tidak ada tompok-tompok kecoklatan. Tompok coklat menunjukkan bahawa petola mungkin sudah terlalu matang dan cenderung rasa pahit.
4. Saiz Petola
Pilih petola yang sederhana besar. Petola yang terlalu besar mungkin sudah terlalu matang dan lebih berkemungkinan mengandungi rasa pahit.
Kredit: Afy AL Habibi
Baca juga: Cara Pilih Buah Manggis Manis & Banyak Isi, Confirm Tak Menyesal Ikut Tip Ini!
Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…
Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…
Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…
Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…
Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…
Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…