Categories: Resipi

Resipi Donut Susu Keju Leleh Yang Lembut & Berkrim, Belum Gigit Dah Menitik Air Liur!

Kalau dah selalu buat donut biasa, kali ini jom cuba donut susu dengan sos keju leleh ini pula. Bukan biasa-biasa, bila gigit boleh teringat sampai malam!

Dengan bahan-bahan yang mudah didapati dan cara penyediaan yang ringkas, anda sudah boleh buat donut yang gebu dengan sos keju milky yang berkrim.

Tunggu apa lagi, jika ada yang ingin cuba, boleh lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Zairina Yuszairi di bawah.

Baca juga: Asyik-Asyik Donut Bulat, Jom Cuba Donut Bantal Yang ‘Crunchy’ & Berongga Ini

RESIPI DOH DONUT SUSU

Bahan-bahan:

  • 700g tepung gandum
  • 2 sudu gula
  • 1 sudu yis kering
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 biji telur + air sejuk (dalam peti ais) + 200ml susu segar (Jumlah cecair perlu ditimbang hingga mencapai 450g)
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu marjerin

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan kering (tepung gandum, gula, yis, bread improver, dan baking powder) dalam mixer.
  2. Tuang cecair sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh (kira-kira 5 minit).
  3. Matikan mixer dan tambahkan 1 sudu kecil garam dan 2 sudu marjerin.
  4. Uli doh selama 30 minit hingga elastik. Jika menguli secara manual, uli hingga doh licin.
  5. Sapukan sedikit minyak dalam mangkuk dan letakkan doh. Tutup dengan kain dan plastik pembalut.
  6. Biarkan doh berehat selama 1 jam atau hingga kembang.
  7. Setelah doh kembang, tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Timbang doh dalam berat 38-39 g setiap satu.
  8. Bulatkan doh dan biarkan berehat selama 1 jam.
  9. Tekan sedikit doh dan buat lubang di tengahnya. Biarkan berehat lagi selama 15 minit atau hingga doh ringan.
  10. Goreng dalam minyak panas dengan api kecil, dan pastikan hanya sekali balikkan untuk mendapatkan ring putih. Toskan dengan tisu.

RESIPI SOS KEJU SUSU (MILKY CHEESE SAUCE)

Bahan-bahan:

  • 68g susu full cream
  • 90g whipping cream
  • 95g susu pekat
  • 250g cream cheese

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan kecuali whipping cream hingga sebati.
  2. Masukkan whipping cream dan sambung kisar sekejap sahaja. Jangan terlebih kisar kerana ia boleh merosakkan whipping cream.
  3. Salutkan donut dengan susu tepung dan curahkan sos Milky Cheese di atasnya.

Kredit: Zairina Yuszairi

Baca juga: Resipi Donut Gebu Dan Lembut, Ini Cara Salut Gula Supaya Tak Mudah Cair

Wan N

Recent Posts

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

4 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

4 hours ago

Puluhan Pasar Raya Di Eropah Jadi Sasaran ‘Serangan Siber’, Stok Makanan Rosak Akibat Peti Sejuk Panas!

Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…

6 hours ago

Tak Perlu Tumis Pun! Sup Rumpai Laut Bebola Daging, Kuahnya Ringan Tapi Mengenyangkan

Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…

7 hours ago

Tips Tomyam Sedap Ala Kedai Thai, Jangan Lupa Masukkan 2 Bahan INI Dalam Kuah!

Nak hasilkan tomyam yang rasanya masam pedas, cukup rasa dan beraroma seperti di restoran Thai?…

7 hours ago

Buat Puding Roti Tanpa Oven, Lapis 3 Warna Dengan Rasa Lemak Manis Yang Memikat!

Nak sediakan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu menggunakan oven? Resipi puding roti tanpa oven…

7 hours ago