cara cuci ikan keli

Kalau sebut lauk ikan keli goreng panas-panas, memang ramai terus terbayang makan dengan sambal belacan dan ulam kampung. Tapi sebelum boleh menikmati keenakan itu, ada satu cabaran yang selalu buat ramai orang pening iaitu cara cuci ikan keli yang betul supaya hilang lendir dan bau hanyir.

Ramai juga yang takut nak goreng ikan keli sebab pernah kena pengalaman minyak meletup-letup dalam kuali. Sebenarnya, masalah ini biasanya berlaku apabila lendir pada ikan keli masih belum dibersihkan sepenuhnya. Kalau silap cara, memang dapur boleh jadi macam medan perang!

Jangan risau, ada beberapa petua mudah yang boleh dicuba di rumah untuk hilangkan lendir dan hanyir ikan keli dengan lebih berkesan. Bukan saja lebih mudah dicuci, malah proses menggoreng pun jadi lebih tenang dan hasil ikan keli goreng jadi lebih sedap.

Baca juga: Ayam Nampak Segar Belum Tentu Fresh! Ini Cara Mudah Bezakan Ayam Baharu & Lama Di Pasar

7 CARA CUCI IKAN KELI SUPAYA HILANG HANYIR & LENDIR

1. Perap Dengan Tepung

cara cuci ikan keli

Antara cara paling popular untuk membersihkan ikan keli ialah menggunakan tepung beras atau tepung gandum. Tepung membantu menyerap lendir pada permukaan ikan dan membuatkan ikan lebih mudah dicuci.

Cara-cara:

  1. Taburkan tepung pada seluruh badan ikan keli.
  2. Gaul dan lumurkan sehingga rata.
  3. Perap selama 15 hingga 30 minit.
  4. Bilas bersih sebelum digoreng.

2. Gunakan Daun Serai

Daun serai bukan saja wangi, malah teksturnya juga membantu menanggalkan lendir ikan keli. Petua ini juga membantu mengurangkan bau hanyir ikan air tawar.

Cara-cara:

  1. Potong beberapa helai daun serai pendek-pendek.
  2. Ramaskan sehingga keluar aromanya.
  3. Gosok dan gaulkan pada ikan keli.
  4. Biarkan seketika sebelum dibilas bersih.

3. Lumur Dengan Daun Pisang atau Daun Jambu

cara cuci ikan keli

Petua tradisional ini masih ramai yang amalkan terutama di kampung. Selain hilangkan lendir, bau hanyir juga jadi semakin kurang.

Cara-cara:

  1. Carik-carik daun kepada bahagian kecil.
  2. Gosok pada badan ikan keli.
  3. Lendir akan mula tertanggal.
  4. Bilas hingga bersih.

4. Garam Kasar dan Limau Kasturi

Ini antara cara cuci ikan keli yang paling mudah sebab bahan memang selalu ada di dapur. Gabungan garam dan limau sangat berkesan untuk menghilangkan hanyir ikan keli.

Cara-cara:

  1. Gosok 3 sudu besar garam kasar pada ikan tanpa menggunakan air.
  2. Setelah lendir mula tertanggal, perahkan beberapa biji limau kasturi.
  3. Lumurkan pada seluruh badan ikan.
  4. Perap selama 15 minit sebelum dibilas bersih.

5. Gunakan Asam Jawa atau Cuka

Kalau tiada limau, asam jawa atau cuka juga boleh digunakan. Jika guna cuka, cukup sekadar sental dan bilas. Tak perlu rendam terlalu lama.

Cara-cara:

  1. Lumurkan asam jawa pada ikan keli.
  2. Biarkan seketika.
  3. Basuh hingga bersih.

6. Simpan Dalam Peti Sejuk Beku

Petua ini sesuai kalau belum mahu memasak ikan keli terus selepas dibeli. Cara ini juga membantu mengurangkan bau hanyir pada ikan.

Cara-cara:

  1. Simpan ikan keli dalam bahagian peti sejuk beku tanpa dicuci.
  2. Keluarkan keesokan hari.
  3. Lendir yang membeku akan jadi lebih mudah dibersihkan.

7. Cuci Dengan Air Basuhan Beras

cara cuci ikan keli

Ramai orang lama percaya air basuhan beras memang berkesan untuk mencuci ikan air tawar.

Cara-cara:

  1. Simpan air pertama atau kedua basuhan beras.
  2. Gunakan air tersebut untuk mencuci ikan keli.
  3. Gosok perlahan sebelum dibilas bersih.
  4. Lendir lebih mudah tanggal dan ikan juga kurang berbau hanyir.

Bila dah tahu petua cuci ikan keli yang betul, memang akan lebih yakin nak masak sendiri di rumah. Bukan saja boleh hilangkan lendir dan bau hanyir, ikan pun tak meletup semasa digoreng.

Sumber: Sirap Limau

Baca juga: Jangan Main Ambil Je, Rupanya Ini 5 Cara Memilih Sotong Yang Betul-Betul Segar Di Pasar

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN