Baru-baru ini, viral di laman sosial berkenaan buah ‘donut peach’. Buah ini juga dikenali dengan nama ‘flat peach’.
Bentuknya lebih leper dan lebih gemuk berbanding buah pic biasa. Sekali pandang, rupa buah ini sama seperti donut.
Kulitnya pula berwarna merah dan kuning. Bahagian dalam buah biasanya berwarna putih, tetapi ada juga yang berwarna kuning.
Sebelum membeli, jom baca tips dan petua memilih pic donut yang sudah masak dan manis elok. Baru tak membazir kerana harganya boleh tahan mahal juga.
Baca juga: 11 Jenis Limau Mandarin Yang Korang Wajib Tahu Sebelum Beli Dan Cara Pilih Buah Yang Manis
1. Warna
Untuk mengetahui sama ada pic donut sudah masak atau tidak, lihat pada warnanya. Pic donut yang masak mempunyai warna kuning dengan sedikit merah.
Lebih baik memilih buah yang berwarna terang kerana ia adalah yang paling manis.
Bahagian dalam pula biasanya berwarna putih. Namun begitu, ada juga yang berwarna kuning. Bergantung pada jenisnya.
2. Tekstur
Pic donut yang masak juga sedikit lembut dan licin apabila disentuh. Jika terlalu pejal, ia menandakan belum masak. Jika terlalu lembut, ia mungkin terlebih masak dan mungkin sudah lebam.
3. Bau
Selain itu, pic donut yang sudah ranum juga mempunyai aroma yang manis dan masam seperti gabungan dari buah pic, madu dan karamel. Baunya juga seakan-akan kombinasi bunga ros dan melur.
4. Rasa
Buah pic donut lebih manis, lebih berjus berbanding peach biasa. Buah ini juga ada sedikit rasa badam.
Khasiat donut peach:
Sumber: Shuncy
Baca juga: Jangan Ambil Mudah, Ini Dia 12 Sayur & Buah Yang Bahaya Untuk Ekzema
Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…
Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…
Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…
Kek coklat moist memang tidak pernah gagal mencuri hati pencinta coklat. Tapi, bagaimana kalau ikut…
Penggemar dessert wajib cuba resepi puding roti dengan sos kastard pekat ini. Setiap suapan pasti…
Rasanya agak lama kita tak dengar orang buat Sambal Sotong Cumi Kering sedangkan lauk ini…