Categories: Tips & Petua

Cara Pilih Buah Cempedak Yang Betul, Saiz Besar Belum Tentu Berisi… Periksa 6 Tanda Ini!

Musim buah cempedak memang buat ramai tak sabar nak membeli. Baunya yang harum semerbak pun sudah cukup buat terbayang isi cempedak yang manis dan lemak, lebih-lebih lagi kalau digoreng.

Tapi bila harga cempedak boleh tahan mahal, mestilah kita nak buah yang berbaloi dibeli. Jangan sampai nampak buah besar dan cantik dari luar, sekali dibelah pula banyak empulur dan isi tak seberapa.

Sebenarnya, ada beberapa perkara yang boleh diperhatikan sebelum membeli. Dengan cara pilih buah cempedak yang betul, lebih mudah nak agak buah mana yang banyak isi dan sudah cukup masak.

Baca juga: Tip Pilih Buah Naga Merah, Kulit ‘Karat’ Rupanya Salah Satu Petua Nak Dapat Yang Manis

Cara Pilih Buah Cempedak Yang Banyak Isi

1. Pilih buah yang besar dan bentuknya sekata

Kalau mahukan cempedak yang banyak isi, perhatikan bentuk buah terlebih dahulu. Pilih buah yang besar dan bentuknya sekata, bukannya yang terlalu melengkung atau tidak seimbang. Bentuk buah boleh menjadi salah satu petunjuk untuk memilih cempedak yang berisi.

2. Tengok keadaan kulit

Jangan lupa periksa kulit buah sebelum masukkan ke dalam bakul. Cempedak yang elok biasanya mempunyai kulit yang tegang dengan mata yang besar. Bahagian durinya atau gerutu pula lebih lebar dan jarang. Ciri-ciri ini boleh dijadikan petunjuk ketika mencari buah yang berpotensi mempunyai lebih banyak isi.

3. Angkat dan rasa beratnya

Ini antara cara paling mudah untuk memilih buah cempedak. Kalau ada beberapa buah yang saiznya hampir sama, cuba angkat dan bandingkan beratnya. Pilih yang terasa lebih berat. Buah yang ringan pula dikatakan lebih banyak mempunyai empulur berbanding isi. Jadi, jangan tertipu dengan saiz sahaja.

4. Hidu bau buah

Cempedak yang sudah masak biasanya mempunyai bau yang sangat harum dan kuat. Jadi, sebelum membeli, cuba hidu buah tersebut. Kalau aromanya sudah menyengat dan wangi, itu antara tanda buah sudah cukup masak. Kalau masih tiada bau atau baunya terlalu lemah, kemungkinan buah masih belum masak sepenuhnya.

5. Tekan kulit perlahan-lahan

Selain bau, tekstur kulit juga boleh membantu menentukan tahap kematangan. Tekan permukaan buah secara perlahan. Cempedak yang sudah masak biasanya terasa lebih lembut apabila disentuh. Kalau kulitnya masih terlalu keras, buah mungkin belum cukup masak dan isinya juga belum berada pada tahap kematangan yang sesuai.

6. Perhatikan warna tangkai

Bahagian tangkai juga jangan diabaikan. Cempedak yang sudah masak biasanya mempunyai warna kulit yang mula kekuningan, manakala tangkainya pula kelihatan coklat keperangan. Kalau masih hijau, buah tersebut mungkin belum masak sepenuhnya.

Jangan Main Ambil Saja, Periksa Dulu Sebelum Beli

Lepas ini kalau nampak gerai jual buah cempedak, jangan terus pilih berdasarkan saiz atau rupa sahaja. Perhatikan bentuk, kulit, berat, bau, kelembutan dan tangkainya. Tak perlu pun belah buah untuk membuat pilihan.

Paling penting, pilih buah yang terasa berat, berbau harum dan mempunyai tanda-tanda sudah masak. Barulah berbaloi dibawa pulang untuk makan begitu sahaja atau buat cempedak goreng.

Sumber: Sinarplus

Baca juga: Resipi Pengat Cempedak Bersagu Yang Mudah Dibuat, Sekali Rasa Memang Nak Tambah Lagi

Wan N

Recent Posts

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

4 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

4 hours ago

Puluhan Pasar Raya Di Eropah Jadi Sasaran ‘Serangan Siber’, Stok Makanan Rosak Akibat Peti Sejuk Panas!

Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…

6 hours ago

Tak Perlu Tumis Pun! Sup Rumpai Laut Bebola Daging, Kuahnya Ringan Tapi Mengenyangkan

Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…

7 hours ago

Tips Tomyam Sedap Ala Kedai Thai, Jangan Lupa Masukkan 2 Bahan INI Dalam Kuah!

Nak hasilkan tomyam yang rasanya masam pedas, cukup rasa dan beraroma seperti di restoran Thai?…

7 hours ago

Buat Puding Roti Tanpa Oven, Lapis 3 Warna Dengan Rasa Lemak Manis Yang Memikat!

Nak sediakan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu menggunakan oven? Resipi puding roti tanpa oven…

7 hours ago