Categories: Resipi

Resipi Risoles Sardin, Luarnya Rangup Bila Digigit & Dalamnya Penuh Inti… Confirm Tak Cukup Sebiji!

Kalau suka kudapan yang rangup di luar tetapi lembut dan penuh inti di dalam, risoles sardin ini memang wajib cuba. Kulitnya dibuat sendiri menggunakan adunan tepung dan santan, kemudian diisi dengan inti sardin yang dimasak bersama kentang, lobak merah dan bahan-bahan lain.

Walaupun nampak macam agak banyak langkah, sebenarnya risoles ini tidaklah susah untuk dibuat. Kulitnya hanya perlu didadar nipis seperti membuat kulit kuih ketayap, kemudian diisi dan digulung kemas sebelum dicelup telur serta disalut dengan serbuk roti.

Apabila digoreng, lapisan luar menjadi garing dan rangup, manakala bahagian dalam kekal lembut dengan inti sardin yang berperisa. Memang sedap dimakan panas-panas, lebih-lebih lagi bersama secawan kopi atau teh.

Baca juga: Resipi Apam Balik Sedap, Adunan Simple Tapi Hasilnya Gebu Macam Beli Di Gerai!

RESEPI RISOLES SARDIN

Bahan kulit risoles:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan
  • 1 ½ cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam

Bahan inti:

  • 1 tin sardin besar (buang tulang dan lenyekkan)
  • 2 biji kentang
  • 1 batang lobak merah
  • 3 biji lada merah
  • 1 biji bawang holland
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar cili kisar
  • Sedikit perahan limau kasturi atau lemon
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit air

Bahan salut:

  • 1 biji telur (dipukul)
  • 1 cawan serbuk roti

Cara buat inti sardin:

  1. Potong dadu kentang, lobak merah, lada merah dan bawang holland. Cincangkan bawang putih.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  3. Tumis bawang holland, bawang putih dan cili kisar sehingga naik bau.
  4. Masukkan kentang, lobak merah, lada merah dan sardin yang telah dilenyek.
  5. Tuangkan sedikit air dan kacau hingga semua bahan sebati.
  6. Perasakan dengan garam dan masukkan sedikit perahan limau kasturi atau lemon.
  7. Masak sehingga inti menjadi kering dan tidak berair.
  8. Tutup api dan biarkan inti sejuk sepenuhnya.

Cara buat kulit risoles:

  1. Masukkan tepung gandum, santan, air, telur dan garam ke dalam pengisar.
  2. Kisar sehingga adunan sebati dan tidak berketul.
  3. Panaskan kuali tidak melekat dengan api sederhana.
  4. Tuangkan satu senduk adunan dan lenggangkan kuali supaya adunan menjadi nipis dan sekata.
  5. Biarkan sehingga kulit masak. Tidak perlu diterbalikkan.
  6. Angkat dan ulangi proses sehingga semua adunan habis.

Cara letak isi dan gulung risoles:

  1. Ambil sekeping kulit risoles. Letakkan inti sardin secukupnya di atas kulit.
  2. Gulung dan kemaskan seperti menggulung kuih ketayap.
  3. Ulang sehingga semua kulit dan inti habis.
  4. Celup setiap risoles ke dalam telur yang telah dipukul.
  5. Kemudian salutkan dengan serbuk roti sehingga seluruh permukaan tertutup rata.
  6. Ulangi sehingga semua risoles siap disalut.
  7. Panaskan minyak yang mencukupi dalam kuali. Goreng risoles menggunakan api sederhana sehingga berwarna keemasan dan garing.
  8. Angkat dan toskan minyak. Risoles sardin siap dihidangkan.

Tip: Inti risoles ini boleh diubah mengikut selera. Selain sardin, boleh juga gunakan inti ayam, daging atau bahan lain yang sesuai.

Sumber: Mas Cotek

Baca juga: Cara Buat Cekodok Pisang Lain Dari Biasa, Tambah Kelapa Parut Rupanya Lagi Sedap!

Wan N

Recent Posts

Ayam Masak Oren Ala Chinese Style, Sosnya Pekat Melekat! Rupanya Guna Kordial Oren Je…

Ayam masak oren diinspirasikan daripada orange chicken, hidangan popular di restoran Chinese-American di Amerika Syarikat.…

2 hours ago

Bila Daging Empuk Bertemu Kuah Pekat Yang Kaya Rasa! Ini Resipi Beef Stew Ala Barat Wajib Cuba

Resepi beef stew merupakan hidangan berkuah dengan daging yang empuk dan kuah pekat yang kaya…

2 hours ago

Resipi Sambal Telur Hancur, Lauk Bajet Dengan Bahan Ringkas Yang Selalu Ada Di Dapur!

Resipi sambal telur hancur antara pilihan lauk ringkas yang sesuai disediakan apabila buntu memikirkan menu…

2 hours ago

Cara Simpan Ayam Goreng Kunyit Untuk Stok Seminggu, Balik Kerja Terus Boleh Masak

Balik kerja dalam keadaan penat, mestilah nak masak sesuatu yang mudah dan cepat. Sebab itu,…

4 hours ago

Sambal Kacang Kuda Legend Ini Buat Ramai Terkenang Zaman Sekolah, Memang Sedap!

Siapa yang pernah makan sambal kacang kuda masa zaman sekolah dulu? Rasanya yang pedas, sedikit…

4 hours ago

Asam Pedas Udang Galah Kuah Merah Pekat, Petua Ini Buat Rasa Pedas Masam Lebih Padu!

Kalau suka lauk yang pedas, masam dan cukup rasa, resipi asam pedas udang galah ini…

4 hours ago