cara peram buah avokado

Cara peram buah avokado ini sangat berguna jika anda terbeli buah yang masih keras. Ramai yang pernah alami masalah ini, betul tak?

Buah nampak cantik di luar, tapi bila belah rupa-rupanya masih keras. Kalau beli yang sudah masak pula, kadang-kadang isinya sudah lebam atau rosak.

Sebenarnya, dengan cara yang betul, avocado boleh diperam sehingga masak ranum tanpa perlu risau ia rosak.

Kaedah yang kami kongsikan ini sangat mudah, tak perlu letak dalam beras atau guna bahan pelik. Hanya perlukan sedikit tisu dan selotep sahaja.

Baca juga: Cara Halau Bari-Bari Dari Hinggap Buah & Sayur, Seekor Pun Takut Nak Datang!

CARA PERAM BUAH AVOKADO JIKA TERBELI YANG MASIH KERAS

cara peram buah avokado

1. Potong dan buang sedikit bahagian tangkai

Potong nipis sahaja pada bahagian tangkai. Jangan buang terlalu banyak.

2. Balut bahagian yang dipotong

Letakkan sehelai tisu pada bahagian yang dihiris, kemudian balut kemas dengan selotape.

3. Simpan di tempat gelap

Simpan buah di tempat yang gelap. Dalam 2 hingga 3 hari sahaja buah akan lembut dan sedia dimakan. Kadangkala, selepas 3 hari peram pun masih elok. Bahkan pada hari kedua pun sudah boleh makan.

Sumber: Ummu Aiman

Baca juga: Cara Halau Tikus Dari Dapur Tanpa Racun, Confirm Tak Berani Tinggal Jejak lagi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN