roti canai frozen

Kebanyakan pasar raya pasti ada menjual roti canai frozen yang boleh memudahkan urusan ibu bapa dalam menyediakan sarapan pagi untuk seisi keluarga.

Meskipun roti canai sejuk beku boleh menjimatkan masa, namun kadangkala rasanya tidak sama dengan yang baru dimasak.

Untuk pengetahuan anda, rupanya ada tips memanaskan roti canai frozen supaya rasanya sama seperti roti canai fresh.

Teknik tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook yang bernama Abang Terbang. Dia telah menunjukkan cara yang betul panaskan roti canai sejuk beku supaya lembut elok dan tak keras.

Baca juga: Roti Canai Tempat Kedua Dari 50 ‘Street Food’ Tersedap Di Dunia, Menurut Kajian

Berikut merupakan perkongsian olehnya:

Cara-caranya:

“Abang nak tunjukkan cara masak roti canai frozen yang paling famous mak-mak buat sepanjang menyediakan sarapan untuk anak sekolah.

Biasanya terus letak atas kuali dengan minyak. Tapi ini cara yang sebetulnya. Seeloknya nak mengekalkan roti yang lembut, rendam roti canai di dalam air kemudian letak atas pan atau kuali.

Kalau terus masak dengan minyak, roti akan menjadi terlalu garing seperti biskut. Jika rendam dengan air, roti akan kekal lembut. Bila dah lembut, letak sedikit minyak.”

Lihat video penuh di pautan ini.

Kredit: Facebook Abang Terbang

Baca juga: Buat Sendiri Roti Canai Homemade, Tak Perlu Tebar Tapi Tetap Nipis & Garing

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN