Setelah membeli beras, perkara paling merisaukan ialah bubuk atau kutu beras yang suka singgah. Bagi mengelakkannya terjadi, boleh praktikkan cara nak simpan beras ini di rumah.
Kami tertarik dengan perkongsian oleh Nor Jannah di Facebook yang mesra dengan panggilan Mak Long tentang cara nak simpan beras yang sangat praktikal dan menarik. Jom kita tengok!
Baca juga: 5 Kegunaan Plastik Beras Terpakai, Mak-Mak Boleh Cuba Cara Ini Di Rumah!
1. Ambil sekampit beras dan masukkan ke dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku (freezer).
Teknik ini digunakan untuk matikan bubuk atau kutu beras yang suka bersarang dalam beras. Lebih elok, biarkan beras dalam freezer selama 3 hari.
2. Selepas 3 hari di dalam freezer, biarkan beras kering terlebih dahulu.
Jangan terus simpan beras dalam botol selepas 3 hari dalam freezer. Kena bagi beras itu rehat dan kering semula di suhu bilik supaya dapat elakkan wap air terkumpul dan menyebabkan beras cepat rosak atau berkulat.
3. Tak perlu simpan semua beras, buat sebotol dua pun sudah cukup.
Buat untuk sebotol dua saja, manakala selebihnya digunakan macam biasa untuk masakan harian. Jadi, taklah rasa macam kena simpan semua sekaligus, ikut keperluan masing-masing.
4. Isi beras dalam botol dan hentak dengan manja.
Apabila beras sudah kering, barulah boleh isi ke dalam botol. Semasa masukkan beras, jangan lupa hentak botol itu dengan manja untuk padatkan isi beras.
5. Letak cili kering atau oxygen absorber.
Sebagai tambahan, letak cili kering atau oxygen absorber di celah-celah beras bagi mengelakkan bubuk dan kekalkan kesegaran beras dalam jangka masa panjang. Lebih padat beras disusun dalam botol, lebih bagus.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Nor Jannah
Baca juga: Wanita Kongsi Cara Simpan Beras Selama 2 Tahun, Kutu Beras Pun Tak Berani Singgah!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…