
Kacang kuda rebus sering menjadi kudapan pada waktu petang atau dijadikan lauk tambahan ketika majlis kenduri. Kali ini, kami nak kongsikan cara merebus kacang kuda supaya cepat empuk.
Ramai yang selalu putus asa nak rebus kacang kuda kerana lambat empuk, sampai berjam-jam duduk di dapur. Padahal, ada cara yang lebih mudah untuk lembutkannya dengan cepat.
Noremyza Ibrahim telah kongsikan tips ringkas tentang cara merebus kacang kuda di Facebook. Tak sampai satu jam pun, tapi hasilnya cukup empuk, masin, berlemak dan sedap dimakan.
Baca juga: Cara Lembutkan Daging Lebih Cepat & Jimat Gas, Guna Periuk Nasi Saja!
CARA MEREBUS KACANG KUDA

Bahan-bahan:
- Kacang kuda (rendam semalaman terlebih dahulu)
- ½ sudu besar soda bikarbonat
- Beberapa helai daun kari
- Sedikit minyak masak
- Garam secukup rasa
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, masukkan air ke dalam periuk nasi dan panaskan.
2. Kemudian, masukkan daun kari, sedikit minyak masak dan soda bikarbonat ke dalam air rebusan.

3. Apabila air hampir mendidih, masukkan kacang kuda yang telah direndam semalaman.
4. Seterusnya, rebus sampai kacang kuda hampir empuk.
5. Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa. Siap untuk dinikmati!
Tak susah pun nak dapatkan kacang kuda yang empuk dan sedap jika tahu teknik yang betul. Tak perlu lagi buang masa berjam-jam di dapur, cukup ikut langkah mudah ini, terus dapat hasil menjadi.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Noremyza Ibrahim
Baca juga: Cara Masak Pulut Kuning Tanpa Kukus, Lebih Mudah Guna Periuk Nasi Je!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














