
Apabila petai digoreng bersama sambal tumis atau sambal udang, memang terangkat selera. Jika nak buat stok di rumah, anda kena belajar cara menyimpan petai supaya tahan lama.
Petai terkenal sebagai ulam dengan bau yang kuat, namun rasanya tetap jadi rebutan. Jika tak pandai simpan, petai boleh cepat kecut, lembik atau busuk begitu saja.
Nak tahan lama dan kekal segar seperti baru dikupas, kenalah tahu cara menyimpan petai dengan betul. Ikut saja tips yang dikongsikan oleh Ummi Hassian di Facebook, memang menjadi.
Baca juga: Cara Buang Lendir Bendi Semasa Tumis, Berkesan Dengan Satu Bahan ‘Rahsia’
CARA MENYIMPAN PETAI

1. Mula-mula, kupas kulit petai terlebih dahulu.
2. Kemudian, rendam dalam air garam selama 10 hingga 15 minit. Tujuannya untuk keluarkan ulat atau kotoron yang mungkin tersembunyi.
3. Selepas itu, bilas dan tapis air sampai bersih.
4. Pastikan petai betul-betul kering, jangan ada air yang tertinggal.
5. Seterusnya, masukkan dalam bekas kedap udara (boleh guna tupperware atau ziplock bag).
6. Setelah itu, simpan dalam peti ais di bahagian sejuk beku tanpa air.
7. Apabila nak masak, ambil jumlah yang diperlukan saja, tak perlu cairkan semuanya.

Dengan tips ini, petai akan jadi kekal segar, tak berbau busuk dan masih rangup apabila dimasak. Senang cerita, nak makan pun terasa puas.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Ummi Hassian
Baca juga: Tips Tauge Tahan Lama Dalam Peti Sejuk, Kekal Putih & Rangup Walau Berhari-Hari!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














