Buah anggur merupakan salah satu buahan yang digemari ramai disebabkan oleh rasanya yang manis dan segar. Buah ini mempunyai beberapa warna iaitu hijau, ungu, merah dan biru kehitaman.
Buah ini juga mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri seperti dapat menurunkan tekanan darah, melindungi mata, mengekalkan jantung yang sihat dan banyak lagi. Tidak hairanlah buah ini sentiasa menjadi kesukaan ramai.
Namun begitu, nutrisi dan manfaat tersebut hanya boleh didapati dari anggur yang masih segar dan berkualiti. Anggur yang kurang berkualiti tidak akan memberikan nutrisi yang maksimum.
Jadi, bagaimanakah cara memilih anggur yang betul? Mari semak tips di bawah semasa membeli buah anggur supaya rasanya manis dan berkualiti serta dapat memberi manfaat yang sepenuhnya kepada tubuh badan.
Baca juga: Tips Beli Buah Oren Yang Manis, Kena Pilih Yang Ada Lubang Macam Ini
CARA PILIH BUAH ANGGUR YANG BERKUALITI, MANIS DAN SEGAR
1. Pilih yang mempunyai batang
Anggur yang masih melekat pada batang biasanya mempunyai kualiti yang lebih baik. Sebaliknya, jika anggur sudah terpisah dari batang menandakan ia sudah terlalu masak dan cenderung untuk rosak.
2. Lihat pada warna dan corak
Pilih anggur yang berwarna cerah, tidak pudar dan warnanya sekata. Elakkan membeli buah anggur yang sudah kelihatan hampir rosak dan busuk.
3. Perhatikan bentuk buah anggur
Sebelum membeli buah anggur, lihat pada bentuk buah tersebut. Pilih yang berbentuk bulat, padat dan tidak berkedut. Jika anggur mempunyai banyak kedutan, ini adalah tanda ia tidak lagi bagus untuk dimakan.
4. Cek ketebalan kulit
Jika ingin memilih anggur yang segar dan mempunyai banyak air, pilihlah anggur yang mempunyai kulit yang nipis. Anggur berkulit nipis mengandungi lebih banyak air daripada anggur berkulit tebal.
5. Pilih yang berwarna pekat
Anggur yang berwarna pekat mengandungi tahap antioksidan yang tinggi. Jika ingin membeli yang berwarna ungu, pilih warna ungu yang paling gelap. Lebih gelap warna, lebih baik kualitinya.
6. Hidu aroma buah anggur
Sebelum membeli, pastikan anggur berbau segar dan manis. Dekatkan anggur pada hidung dan hidu aromanya. Buah yang tidak segar akan berbau seperti cuka.
Sumber: Brialiofood
Baca juga: Cara Pilih Buah Tembikai Susu Yang Manis & Ranum, Baru Tak Tersalah Beli Yang Tawar