PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-08-27 05:51:33
Bagi ibu-ibu yang suka membuat kek, ‘Whipping Cream’ ini pastinya menjadi salah satu bahan utama untuk hiasan kek. Namun, untuk mendapatkan ‘Whipping Cream’ di kedai-kedai kek, ibu-ibu perlu berbelanja lebih kerana harganya yang agak mahal. Oleh itu, ini ada cara yang lebih jimat dan mudah untuk membuat whipping cream. Hanya gunakan 5 bahan sahaja! Jom ikuti perkongsian daripada Soleh Fattah menerusi laman Facebook.
Bahan-bahan:
- 1 sudu besar ovalette
- 5 sudu besar susu pekat
- 4 sudu besar susu powder
- 3 sudu besar gula (ikut tahap kemanisan yang diingini)
- 1 bekas ais batu (ketulan-ketulan kecil)
- Mesin pengadun
Cara-caranya:
- Masukkan semua bahan ke dalam satu bekas besar. Ini kerana whipping cream akan mengembang.
Kredit: Soleh Fattah
- Gaul rata kesemua bahan sehingga sebati. Kemudian, adunkan bahan-bahan ini menggunakan mesin pengadun. Gunakan kelajuan yang paling rendah semasa minit pertama mengadun. Ini supaya dapat mengelak ais batu terkeluar dari bekas ketika mengadun.
Kredit: Soleh Fattah
- Pada minit kedua, naikan kelajuan kepada sederhana dan adunkan selama 3 minit. Tunggu sehingga ais batu sudah larut. Pastikan adunan pun sudah menampakkan teksturnya yang kembang semangkuk.
- Apabila ais sudah betul-betul larut, naikkan lagi kelajuan pengadun ke tahap maksimum dan adunkan selama 2 minit sahaja.
Kredit: Soleh Fattah
Dah siap! Sekarang ibu-ibu sudah tidak perlu bersusah payah ke kedai kek untuk membeli whipping cream. Selamat mencuba!