Setiap kali raya mesti wajib ada lemang, kalau tak ada memang rasa tak lengkap lah. Tapi bila beli dekat luar pulak ada yang terlebih kering dan keras. Jadi, untuk mengelakkan benda seperti itu berlaku, korang boleh cuba buat lemang kukus cawan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Siti Ct di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

LEMANG CAWAN KUKUS

Setiap kali raya mesti wajib ada lemang, kalau tak ada memang rasa tak lengkap lah. Tapi bila beli dekat luar pulak ada yang terlebih kering dan keras. Jadi, untuk mengelakkan benda seperti itu berlaku, korang boleh cuba buat lemang kukus cawan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Siti Ct di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 kilo beras pulut di rendam selama 1 1/2 jam (tos air rendaman)

  • 1/2 kg santan campur bersama  1/2 cawan air

  • 1/2 sudu besar gula

  • Garam secukup rasa

  • Daun pisang

  • Cawan kertas

Kredit: Siti CT

CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan daun pisang ke dalam cawan kertas. Kemudian isikan 3/4 pulut ke dalam cawan kertas tersebut.

  • Bancuhkan santan, garam dan gula.

  • Apabila sudah sebati masukkan santan ke dalam pulut tadi biarkan tenggelam sedikit pulut itu.

  • Kukus selama 45 minit hingga ke 1 jam.

  • Pastikan air di dalam pengukus sudah mendidih baru letakkan pulut. Siap dan boleh dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN