
Ramai suka sarapan ringkas, tapi tetap sedap dan mengenyangkan. Jangan risau, ada banyak idea sarapan yang boleh siap dalam beberapa minit saja seperti Roti Sardin Celup Telur.
Lebihan lauk semalam memang boleh jadi penyelamat. Sebagai contoh, sambal sardin yang tak habis jangan dibuang kerana boleh digunakan semula untuk dijadikan inti roti.
Eniza M. Salim telah kongsikan cara buat Roti Sardin Celup Telur di Facebook yang sangat mudah dengan menggunakan air fryer dalam masa 5 minit. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Masak Sardin Sedap & Padu, Confirm Makan Sampai Tak Tinggal Kuah!
RESIPI ROTI SARDIN CELUP TELUR

Bahan-bahan:
- Lebihan sambal sardin semalam
- Roti putih
- 2 biji telur
- Sedikit lada sulah
- Sapu marjerin atau mentega pada roti
- Semburan minyak
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, letakkan sambal sardin di atas sekeping roti, kemudian lipat dua.
2. Selepas itu, pukul telur bersama lada sulah.
3. Kemudian, celup roti ke dalam telur yang telah dikocak.

4. Seterusnya, susun dalam bakul air fryer dan spray sedikit minyak.
5. Akhir sekali, bakar pada suhu 170°C selama 5 minit, terbalikkan sekali supaya kedua-dua belah roti garing sekata. Siap untuk dinikmati!
Selain dijadikan sebagai sarapan, anda boleh juga jadikannya snek petang atau bekal anak ke sekolah. Nak tambah lebih sedap, boleh tambah keju atau hirisan bawang dalam inti.
Selamat mencuba!
Sumber: Eniza M. Salim
Baca juga: Roti Sardin Goreng Rangup, Sekali Gigit Memang Susah Nak Berhenti!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














