ibu sambal

Setiap rumah mesti ada ibu sambal ini! Tak perlu lagi susah-susah nak potong bawang atau gunting cili kering setiap kali masak.

Bila nak masak lauk bersambal, sambal nasi lemak, bihun goreng atau mi goreng, tak perlu lama-lama dekat dapur. Cedok saja ibu sambal ini, kerja pun jadi mudah!

Cara buat ibu sambal ini pun mudah saja. Puan Rozmaliza Omar ada kongsikan resipi ibu sambal yang senang dan tahan lama. Jom lihat perkongsiannya di bawah.

Baca juga: Resipi Sambal Ayam Penyet Serba Guna, Makan Dengan Lauk Apa Pun Sedap!

RESEPI IBU SAMBAL

ibu sambal

Bahan-bahan:

  • 6 biji bawang merah besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit halia (boleh abaikan jika tidak mahu)
  • 3 genggam cili kering halus – dikisar
  • 3 genggam cili kering besar – dikisar
  • 2 sudu besar pes asam jawa atau cuka
  • 1 keping nisan
  • 4 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa

Tips: Jika menggunakan cuka, sambal akan lebih tahan lama.

Cara-cara:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga keemasan.
  3. Masukkan kedua-dua jenis cili yang telah dikisar dan tumis lagi hingga cili masak sepenuhnya.
  4. Masukkan nisan dan gula, kemudian masak hingga pecah minyak selama dua jam dengan api perlahan.
  5. Setelah sambal berwarna merah cantik, masukkan pes asam jawa atau cuka, garam dan sedikit perasa.
  6. Pastikan sambal benar-benar masak, pecah minyak dan sejuk sepenuhnya sebelum disimpan dalam botol.

Sumber: Rosmaliza Omar

Baca juga: Resipi Sambal Kicap Mentah Yang Padu, Sampai Ketagih Nak Cicah Hari-Hari!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN