Categories: Resipi

Cara Buat Cekodok Pisang Lain Dari Biasa, Tambah Kelapa Parut Rupanya Lagi Sedap!

Kalau selalu buat cekodok pisang biasa, apa kata kali ini cuba pula cara membuat cekodok pisang dengan tambahan kelapa parut. Resipi ini menggunakan bahan-bahan yang mudah dan tidak memerlukan banyak langkah.

Menariknya, kelapa parut yang dicampurkan ke dalam adunan memberikan sedikit kelainan pada cekodok pisang. Menurut perkongsian resipi ini, kelapa parut tidak begitu terasa ketika dimakan, tetapi teksturnya tetap lembut di bahagian dalam dan rangup di luar.

Kalau ada beberapa biji pisang berangan yang sudah masak di rumah, bolehlah cuba resipi ini untuk hidangan sarapan pagi atau minum petang. Bancuh semua bahan, bentukkan adunan dan goreng hingga keemasan. Mudah!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Sandwich Telur Versinya, Bahan-Bahan Mudah Cari & Sangat Ringkas

CARA MEMBUAT CEKODOK PISANG KELAPA PARUT

Bahan-bahan:

  • 6 biji pisang berangan
  • 4 sudu makan gula
  • ½ sudu kecil garam
  • ½ cawan kelapa parut
  • 1½ cawan tepung naik sendiri
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 1 biji telur
  • ½ sudu kecil baking soda
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuat cekodok pisang:

  1. Kupas pisang berangan dan lenyekkan hingga hancur menggunakan garfu.
  2. Masukkan gula, garam, kelapa parut dan telur. Gaul hingga semua bahan sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung naik sendiri, tepung beras dan baking soda.
  4. Gaul hingga menjadi adunan yang boleh disudu.
  5. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
  6. Sudukan adunan dan masukkan ke dalam minyak panas. Goreng hingga cekodok berwarna keemasan dan masak sekata.
  7. Angkat dan toskan minyak sebelum dihidangkan.

Cekodok pisang kelapa parut ini sedap dinikmati ketika masih panas. Bahagian luarnya rangup manakala bahagian dalamnya lembut, sesuai dijadikan kudapan untuk minum petang.

Sumber: Dhia Nadia

Baca juga: Resipi Pengat Keledek Ungu, Sedapnya Bebola Lembut Dengan Kuah Santan Lemak Manis

Wan N

Recent Posts

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

2 days ago

Jangan Terus Masukkan Jagung Dalam Air, Ini Cara Rebus Supaya Isinya Tak Kecut & Kekal Gebu!

Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…

2 days ago

Nama Harumanis Perlis Jadi ‘Modal’, Rupanya Mangga Indonesia Yang Dijual! Jangan Tersalah Beli…

Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…

2 days ago

Resipi Donat Lembut Tanpa Telur, Rahsia Doh Gebu Walaupun Tak Perlu Uli Lama!

Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…

2 days ago

Resipi Loaded Potato Homemade, Siap Dengan Ayam Popcorn Dan Sos Cheese Meleleh!

Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…

2 days ago

Ayam BBQ Crunchy Menu Popular Untuk Potluck Anak, Sekali Bawa Ke Sekolah Memang Licin!

Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…

2 days ago