Jika anda sedang mencari cara membuat agar agar yang ringkas tetapi menghasilkan rasa yang sedikit berbeza daripada kebiasaan, petua ini mungkin boleh dicuba. Hanya dengan menambah sedikit air aiskrim soda ke dalam adunan, agar-agar kenduri dikatakan mempunyai sentuhan rasa yang lebih istimewa tanpa menghilangkan keaslian resipi tradisional.
Petua ini menjadi perhatian selepas dikongsikan di Facebook dan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Ramai yang mencubanya mengakui agar-agar tetap mempunyai rasa klasik seperti yang sering dihidangkan di kenduri, cuma hadir dengan sedikit aroma dan rasa aiskrim soda yang lebih menyegarkan.
Baca juga: Jelly Cocktail Paling Mudah Dibuat, Rupanya Kisah Di Sebaliknya Buat Ramai Sebak & Bersyukur
Bahan-bahan:
Cara-cara Penyediaan:
1. Didihkan satu plastik air sehingga benar-benar menggelegak.
2. Masukkan agar-agar bersama gula, kemudian kacau sehingga larut sepenuhnya.
3. Tambahkan sedikit sirap ros merah dan gula batu. Kacau sehingga gula batu cair.
4. Tuangkan ½ plastik air aiskrim soda ke dalam adunan. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih seketika.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang atau bekas pilihan.
6. Biarkan agar-agar sejuk sehingga mengeras sebelum dipotong dan dihidangkan.
Tips:
Selamat mencuba!
Sumber: Salbiah Ahamad
Baca juga: Brownies 3 Bahan Ini Hanya Guna Air Fryer, Tak Perlu Oven Pun Tetap Jadi Gebu!
Setiap orang pastinya mempunyai gambaran tersendiri tentang rumah idaman, termasuk reka bentuk ruang dapur yang…
Kalau mencari pencuci mulut yang mudah disediakan dan tidak memerlukan banyak bahan, bolehlah cuba dadih…
Cara buat puding labu ini sesuai untuk ibu yang mencari idea pencuci mulut homemade untuk…
Kalau selalu makan pasta dengan sos carbonara atau bolognese, apa kata kali ini cuba kelainan…
Dah beli telur ikan mayong tetapi masih belum ada idea nak masak apa? Atau mungkin…
Kalau sedang mencari idea hidangan untuk sarapan atau minum petang, boleh cuba buat apam kampung…