cara memasak kerang

Cara memasak kerang kam heong ini mudah saja, sesiapa pun boleh cuba. Biasanya orang menggunakan lauk ayam atau udang, tetapi kerang juga tidak kurang sedapnya.

Dengan kombinasi halia, bawang dan rempah, aroma masakan ini pasti membuatkan sesiapa pun terliur sebelum sempat dicuba.

Selain mudah disediakan, kerang kam heong sesuai dihidangkan untuk makan tengah hari atau makan malam bersama keluarga tercinta. Jom cuba!

Baca juga: Cara Masak Lala Goreng Pedas, Ratah Tanpa Nasi Pun Tetap Menyelerakan!

CARA MEMASAK KERANG KAM HEONG

cara memasak kerang

Bahan-bahan:

  • Halia
  • Serai
  • 1 labu kecil bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang lada merah
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Kicap manis
  • Kicap pekat
  • Kerang

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar halia, bawang besar, bawang putih dan lada merah hingga halus.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali, kemudian tumiskan bahan kisar bersama serai sehingga naik bau.
  3. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap manis dan kicap pekat. Kacau hingga sebati dan tumis seketika. Jika kuah terlalu pekat, boleh tambah sedikit air.
  4. Akhir sekali, masukkan kerang yang telah dibasuh bersih. Gaul rata dan masak sehingga kerang terbuka dan kuah meresap.
  5. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Sumber: Nazuhaina Azu

Baca juga: Resipi Sup Ikan Merah, Ikut Cara Ini Tak Ada Rasa Hanyir Langsung & Isi Pun Tak Hancur

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN