lala goreng pedas

Peminat lala wajib cuba resipi lala goreng pedas ini. Rasa pedas, wangi dengan daun limau purut dan daun selasih, serta rasa sos tiram yang padu membuatkan lauk ini sesuai dimakan dengan nasi putih panas.

Anda boleh tambahkan cili padi lebih banyak jika suka pedas atau dikurangkan untuk yang tak suka pedas. Kalau nak cuba, lihat resipi penuh di bawah!

Baca juga: Resipi Lala Tumis Yang Ringkas Tapi Sedap, Aromanya Pasti Memikat Selera

RESEPI LALA GORENG PEDAS

lala goreng pedas

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg lala segar
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 3 tangkai cili kering*
  • 1–2 sudu besar sos tiram
  • Garam secukupnya
  • Sedikit air asam jawa
  • Beberapa helai daun limau purut
  • Segenggam daun selasih

Bahan-bahan bertada (*) perlu dikisar untuk ditumis nanti.

Cara-cara:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili kering sehingga halus.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga garing dan naik bau.
  3. Masukkan sos tiram, garam dan sedikit air asam jawa. Gaul rata.
  4. Masukkan lala ke dalam kuali, gaul sebati, kemudian tutup kuali selama beberapa minit sehingga lala terbuka semua.
  5. Apabila lala sudah masak, masukkan daun limau purut dan daun selasih. Gaul sebati dan tutup api.
  6. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih.

Sumber: Zaidah Md Daud

Baca juga: Resipi Lala Buttermilk Yang Pedas Berkrim, Sedap Cicah Dengan Roti Mantou!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN