ayam masak kicap serai

Kalau dah selalu masak ayam kicap, kali ini jom cuba resepi ayam masak kicap serai pula. Aroma wangi dari serai yang diketuk buat rasa lebih segar dan berbeza dari biasa.

Kalau nak pedas sikit boleh tambah cili padi, nak manis lebih boleh tambah kicap manis. Senang kata, resepi ini fleksibel dan memang sedap untuk dimakan dengan nasi panas.

Baca juga: Jom Masak Sendiri Ayam Rose, Menu Kenduri ‘Legend’ Yang Menggamit Memori!

RESIPI AYAM MASAK KICAP SERAI

ayam masak kicap serai

Bahan-bahan:

  • Ayam separuh ekor
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 2 sudu besar bawang besar (blend)
  • 1 sudu besar bawang putih (blend)
  • 1 sudu besar cili kering (blend)
  • 1 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 3 biji cili padi (dihiris)
  • 1 biji tomato (dipotong 4)
  • 2 sudu besar kicap lemak manis
  • Sos tiram secukupnya
  • Garam secukupnya (boleh dikecualikan jika kicap sudah masin)
  • Serbuk kunyit untuk menggoreng ayam

Cara-cara memasak:

  1. Gaul ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam separuh masak, kemudian angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan serai, tomato dan bahan-bahan yang telah diblend. Masukkan juga bawang bulat dan cili padi.
  3. Tambahkan kicap manis dan sos tiram, kemudian masukkan ayam yang telah digoreng separuh tadi. Gaul rata dan perasakan mengikut citarasa.
  4. Masak seketika sehingga ayam benar-benar masak dan semua bahan sebati. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Nur Amna

Baca juga: Cara Simpan Serai Tahan Lebih Lama, Berbulan-Bulan Masih Harum & Segar!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN