Buah jambu batu yang rangup, berjus dan manis memang sedap dimakan begitu sahaja. Lagi-lagi kalau isinya padat dan bijinya pula tak banyak.
Tetapi, nak dapat jambu batu yang sedap macam ini sebenarnya kena pandai pilih. Jangan terus ambil yang nampak cantik tanpa perhatikan warna kulitnya terlebih dahulu.
Seorang pengguna Threads, @afiqahraie_, berkongsi tip mudah untuk memilih jambu batu yang dikatakan boleh membantu mendapatkan buah yang rangup dan manis.
Baca juga: Cara Pilih Buah Cempedak Yang Betul, Saiz Besar Belum Tentu Berisi… Periksa 6 Tanda Ini!
Tip Pilih Buah Jambu Batu Yang Isi Padat, Rangup & Kurang Biji
Menurut perkongsian tersebut, pilih buah yang kulit luarnya berwarna hijau muda. Jangan pilih jambu batu yang kulitnya berwarna hijau tua keraha tekstur lebih keras dan rasanya pula boleh menjadi kelat serta kurang berair.
Jadi, kalau nampak beberapa biji jambu batu di kedai buah atau pasar raya, cuba perhatikan warna kulitnya dahulu. Cari yang berwarna hijau muda jika mahukan jambu batu yang sedap dimakan segar.
Dalam perkongsian sama, pengguna tersebut turut menunjukkan jambu batu yang dipilihnya mempunyai isi padat, biji yang sedikit dan tekstur rangup.

Malah, rasanya sudah cukup manis secara semula jadi sehingga tidak perlu dicicah dengan asam pun sudah sedap.
Jadi sepas ini kalau nak beli jambu batu, jangan lupa tengok warna kulitnya dulu. Pilih kulit berwarna hijau muda ya, bukan hijau tua!
Baca juga: Jangan Terus Makan! Ini Cara Betul Basuh Buah-Buahan, Bukan Sekadar Lalukan Bawah Air…
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

