Kalau selalu masak sotong kembang tetapi hasilnya keras dan liat, mungkin ada cara penyediaan yang selama ini terlepas pandang. Lagi-lagi kalau nak masak sambal sotong, tekstur sotong memang penting supaya lauk lebih sedap dinikmati.
Ramai mungkin terus masukkan sotong ke dalam sambal selepas bahan tumisan siap. Namun, ada petua yang dikongsikan seorang pengguna Facebook boleh dicuba untuk membantu menghasilkan sotong yang lebih mudah dimasak dan sambal yang tidak terlalu berair.
Menurutnya, petua ini sudah banyak membantu kerana dia sendiri kurang pandai menyediakan sotong kembang, sering mendapat hasil yang keras dan liat. Malah, cara tersebut turut memudahkan kerja apabila mahu menyediakan lauk dalam kuantiti banyak untuk kenduri.
Baca juga: Cara Goreng Ikan Sungai Yang Betul, Kelar Begini Supaya Tulang Halus Jadi Rangup!
PETUA LEMBUTKAN SOTONG KEMBANG DENGAN MUDAH

Berikut merupakan cara-cara melembutkan sotong:
- Bersihkan sotong kembang dan potong mengikut saiz yang diingini. Toskan sotong supaya lebihan air tidak terlalu banyak.
- Masukkan sotong ke dalam kuali. Tidak perlu tambah air atau minyak.
- Masak menggunakan api sederhana dan biarkan sotong mengeluarkan airnya sendiri.
- Kacau sotong sekali-sekala supaya masak sekata dan tidak melekat pada kuali.
- Teruskan memasak sehingga air yang keluar daripada sotong semakin berkurangan dan kering sepenuhnya.
- Selepas air sotong kering, sotong akan kelihatan lebih kecut. Tutup api dan angkat sotong.
- Sotong kembang yang sudah dikecutkan boleh terus digunakan untuk memasak pelbagai menu yang disukai. Antaranya sambal sotong, sotong masak merah, sambal tumis dan sebagainya.
Sumber: Rosni Baharom
Baca juga: Cara Pilih Buah Jambu Batu Yang Rangup, Manis & Kurang Biji, Rupanya Tengok Warna Kulit!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

