Categories: Resipi

Cara Masak Tempe Tanpa Minyak Paling Mudah, Tetap Rangup & Tak Rasa Mentah Langsung!

Nak makan tempe tapi versi lebih sihat tanpa minyak? Resipi masak tempe tanpa minyak ini memang sesuai untuk anda yang nak kurangkan penggunaan minyak dalam masakan harian tapi masih nak rasa tempe yang sedap, lembut dan berperisa.

Dengan teknik air fryer dan satu langkah penting iaitu steam dahulu, tempe jadi lebih “juicy” di dalam dan rangup di luar. Perapan juga lebih meresap sampai ke dalam, buatkan setiap gigitan lebih sedap tanpa perlu digoreng dalam minyak.

Baca juga: Roti Telur Tanpa Minyak, Resipi Jimat & Mudah Buat Anak Kenyang Sampai Tengah Hari

CARA MASAK TEMPE TANPA MINYAK

Bahan-Bahan:

  • 1–2 papan tempe (potong ikut saiz pilihan)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis atau kicap masin
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil paprika
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk atau dikisar)
  • ½ sudu kecil lada hitam

Cara-Cara Penyediaan:

1. Steam Tempe (10 minit)

Kukus tempe pada suhu tinggi selama 10 minit. Langkah ini penting untuk hilangkan rasa mentah dan bantu tempe lebih mudah serap perapan.

2. Perap Tempe (sekurang-kurangnya 1 jam)

Gaulkan tempe bersama semua bahan perapan sehingga rata. Biarkan sekurang-kurangnya 1 jam supaya perisa lebih meresap. Lagi lama perap, lagi sedap hasilnya.

3. Masak Guna Air Fryer (tanpa minyak)

Panaskan air fryer pada 200°C. Masak tempe selama 10 minit, kemudian balikkan dan sambung lagi 10 minit sehingga permukaan sedikit keemasan dan rangup.

Tips Masak Tempe Tanpa Minyak Lebih Sedap

  • Perap semalaman untuk rasa lebih padu dan mendalam
  • Potong tempe sederhana nipis supaya cepat masak dan rangup
  • Tambah sedikit madu jika suka rasa manis berkaramel
  • Jangan skip proses steam kerana ini kunci hilangkan rasa mentah
  • Spray sedikit air jika mahu tekstur lebih juicy dalam

Dengan cara ini, masak tempe tanpa minyak bukan sahaja lebih sihat, tetapi juga lebih sedap dan mudah dibuat di rumah. Sesuai untuk menu harian, diet sihat atau lauk cepat tanpa renyah.

Selamat mencuba!

Sumber: aensyuhada

Baca juga: Resepi Lempeng Lembut Tanpa Minyak, Gebunya Bukan Biasa-Biasa!

Aimi

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

2 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

2 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

2 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

2 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

2 days ago