roti telur

Cuti sekolah yang panjang mestilah mak-mak kena sediakan sarapan atau minum petang untuk anak-anak di rumah. Oleh itu, kami cadangkan anda buat Roti Telur yang sedap ini.

Gabungan telur rebus yang dilenyek halus, dicampur dengan marjerin dan mayonis cukup membangkitkan selera. Ditambah pula dengan sekeping keju yang meleleh, sumpah terliur.

Kami terjumpa perkongsian resipi Roti Telur oleh Yatiekitchen di Facebook yang sangat menarik kerana ia tak menggunakan minyak sama sekali. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Roti Bakar Dengan 3 Bahan Mudah, Garing Bukan Main Lagi

RESIPI ROTI TELUR

roti telur

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur rebus (kupas kulit, lenyekkan)
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1 sudu kecil mayonis
  • Sedikit serbuk lada putih
  • Sedikit lada hitam kasar (black pepper coarse)
  • ½ sudu kecil mushroom seasoning (atau serbuk perasa lain)
  • 1 keping keju (untuk setiap roti)
  • Roti sandwich secukupnya

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masukkan telur rebus yang sudah dilenyek ke dalam mangkuk.

2. Kemudian, gaul bersama marjerin, mayonis, lada putih, lada hitam dan mushroom seasoning sampai sebati.

3. Ambil sekeping roti, sapu inti telur tadi, letak sekeping keju, kemudian tutup dengan sekeping roti lagi.

4. Selepas itu, sapu marjerin di bahagian luar roti.

5. Seterusnya, panggang atas kuali non-stick tanpa minyak. Balik-balikkan sampai roti garing dan keju cair.

6. Akhir sekali, angkat, potong tepi roti dan belah tengah dengan pisau tajam. Siap untuk dinikmati!

Walaupun resipi Roti Telur ini nampak ringkas, tapi hasilnya sungguh sedap. Sesuai sangat jika nak buat sarapan atau minum petang untuk anak, terutamanya waktu cuti sekolah yang panjang sekarang.

Selamat mencuba!

Sumber: Yatiekitchen

Baca juga: Cara Buat Roti Goreng Lemak Manis, Menu Ringkas Tapi Sedap Luar Biasa

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN