Categories: Makan Sini Best

Bukan Telur Rebus Saja, Ini 5 Cara Masak Telur Yang Buat Nasi Lemak Lebih Sedap!

Telur sudah menjadi pelengkap hidangan nasi lemak sejak dulu lagi. Walaupun nampak ringkas, tapi setiap cara masak telur untuk nasi lemak memberi rasa berbeza pada hidangan.

Kali ini, kami kongsikan beberapa cara masak telur buat nasi lemak yang anda boleh jadikan sebagai pilihan untuk berniaga atau masak di rumah nanti. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Lauk Paling ‘Ngam’ Dengan Nasi Lemak, 10 Senarai Ini Confirm Makan Bertambah Nasi!

CARA MASAK TELUR UNTUK NASI LEMAK

1. TELUR REBUS.

Kredit gambar: Facebook Norul Haisyu

Bahan-bahan:

  • Telur ayam secukupnya
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  1. Didihkan air dalam periuk.
  2. Masukkan telur dan sedikit garam.
  3. Rebus 7 hingga 8 minit untuk masak penuh atau 5 hingga 6 minit untuk separuh masak.
  4. Toskan, rendam dalam air sejuk dan kupas kulit.

2. TELUR DADAR.

Kredit gambar: Facebook Nor Farah Atika

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah (pilihan)
  • Hirisan bawang, daun kucai atau cili (pilihan)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Pecahkan telur dalam mangkuk.
  2. Masukkan garam, lada sulah dan bahan tambahan jika suka.
  3. Pukul sampai sebati.
  4. Panaskan minyak, tuang adunan dan goreng sampai keemasan.

3. TELUR MATA.

Kredit gambar: jannoon028 dari Freepik

Bahan-bahan:

  • Telur ayam
  • Minyak masak secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Pecahkan telur perlahan-lahan supaya kuning tidak pecah.
  3. Masak dengan api sederhana sampai putih telur masak tapi kuning masih cair.

4. TELUR PUYUH.

Kredit gambar: Facebook Che Yuzaimi Azreen

Bahan-bahan:

  • Telur puyuh secukupnya
  • Air untuk merebus
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  1. Rebus telur puyuh 4 hingga 5 minit.
  2. Toskan dan rendam dalam air sejuk.
  3. Kupas kulit dan sedia dihidang.
  4. Boleh juga goreng selepas rebus untuk rasa lebih sedap.

5. TELUR MASAK SAMBAL.

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur rebus
  • 3 sudu besar sambal tumis (sambal nasi lemak)
  • 2 sudu minyak

Cara-cara:

  1. Goreng telur rebus hingga sedikit garing.
  2. Panaskan minyak dan masukkan sambal tumis.
  3. Gaul telur dalam sambal hingga bersalut rata.

Bermula Ogos hingga September ini, MyResipi menganjurkan kempen Makan Sini Best bagi mengetengahkan nasi lemak terbaik di sekitar Lembah Klang. Pilihan rakyat, bukan pengkritik.

Calonkan dan undi nasi lemak kegemaran anda di www.myresipi.com/makansinibest dan saksikan siapa yang bakal dinobatkan sebagai juara nasi lemak pilihan rakyat.

Jangan lupa juga untuk hadir ke acara kemuncak pada 9 October 2025 dan jadi antara 100 pengunjung terawal yang berpeluang menikmati nasi lemak percuma serta produk tajaan eksklusif!

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Makan Sini Best: Calonkan Nasi Lemak Kegemaran Anda & Menangi Hadiah Eksklusif!

Aimi

Recent Posts

Ini Cara Masak Sup Ayam Claypot Ala Kedai Yang Panasnya Tahan Lama, Nikmat!

Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…

4 hours ago

Cara Hilangkan Bau Bawang Pada Tangan Selepas Memasak, Ini 5 Petua Mudah Yang Boleh Dicuba

Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…

5 hours ago

Resipi Kari Ikan Bawal Emas Berkuah Pekat Dan Berlemak, Memang Surrr!

Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…

7 hours ago

Resipi Kek Marble Mudah, Tak Sangka Guna 4 Bahan Saja Dah Boleh Jadi Secantik Ini!

Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…

7 hours ago

Resipi Sup Tofu Pecah Telur, Hirup Kuah Panas-Panas Memang Tak Puas Semangkuk!

Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…

7 hours ago

Resipi Panna Cotta ‘Inspired By’ Daripada Wedding BASS, Rasa Lemak Berkrim!

Terinspirasi daripada majlis perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq yang dikenali sebagai wedding BASS, Nor…

8 hours ago