
Cara masak sup ayam tumis darat ini memang sangat mudah dan semerbak baunya satu dapur. Aromanya yang wangi buat perut automatik rasa lapar.
Selain sedap, sup ini juga seimbang dari segi nutrisi. Ada protein daripada ayam, karbohidrat daripada kentang dan serat daripada lobak merah serta daun sup.
Ratah tanpa nasi pun dah cukup untuk makan tengah hari atau malam. Jadi kalau ada yang nak cuba, boleh lihat resipi penuh perkongsian oleh Puan Nor Farah Atika di bawah.
Baca juga: Tip Kari Ayam Ekstra ‘Kick’ & Wangi, Rupanya Kena Tambah 1 Bahan Rahsia Ini
CARA MASAK SUP AYAM TUMIS DARAT

Bahan-bahan:
- ½ ekor ayam (dipotong kecil)
- 1-2 inci halia (diketuk)
- 2-3 biji kentang (dipotong kiub)
- 1-2 batang carrot (dihiris)
- 1 biji tomato (dipotong)
- 1 biji bawang merah
- 4-5 ulas bawang putih
- 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
- ½ sudu teh lada putih (ditumbuk)
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
- Daun sup untuk hiasan
Cara-cara memasak:
- Rebus ayam bersama halia. Biarkan mendidih selama 10 minit.
- Selepas itu, kaup buih-buih yang timbul di permukaan sup. Ini penting supaya sup tidak berbau hanyir.
- Masukkan kentang dan carrot. Bila sayur sudah empuk, masukkan garam, serbuk perasa dan tomato.
- Sementara itu, goreng bawang merah, bawang putih, 4 sekawan dan lada putih yang telah ditumbuk sehingga kekuningan dan sedikit garing. Lada putih ini memberi aroma yang luar biasa pada sup.
- Tuang bahan tumisan yang telah digoreng ke atas sup. Taburkan daun sup, kacau perlahan dan sup sedia untuk dihidangkan.
Sumber: Nor Farah Atika
Baca juga: Cara Masak Ayam Sweet Sour Ala Restoran Cina, Rangup & Sedap Dengan Kuah Manis Pedas!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














