Categories: Resipi

Cara Masak Suhun Goreng Ala Thai, Sedap Berlemak & Tak Muak Walaupun Makan Banyak

Kalau sebut suhun, kebanyakan kita biasa makan versi sup bersama fucuk dan sambal. Tapi tahukah anda, cara masak suhun goreng ala Thai ini sebenarnya lebih sedap, berlemak dan sangat mengenyangkan?

Resipi ini diinspirasikan daripada perkongsian Nor Yuslizah Mohamed, yang mula mengenali suhun goreng selepas berkahwin dengan orang Thailand. Teknik masaknya hampir sama seperti goreng mihun, cuma rasanya lebih ‘naik’ dengan penggunaan sos ikan dan santan.

Baca juga: Petua Suhun Tak Kembang Bila Masak, Kuah Jadi Cantik & Tak Cepat Kering!

CARA MASAK SUHUN GORENG ALA THAI

Bahan-bahan:

  • 350 gram suhun
  • 2 ulas bawang holland (dimayang)
  • 5 ulas bawang putih (dimayang)
  • 3 biji telur
  • Segenggam udang kering (direndam)
  • 2 biji cili hidup (dimayang)
  • Udang basah (ikut suka)
  • Sotong (ikut suka)
  • Isi ayam (dipotong kecil)
  • Kubis (dihiris nipis)
  • Lobak merah (pilihan)
  • 2 sudu besar sos ikan / sos sotong
  • 3 sudu besar santan
  • ½ cawan air (untuk cairkan santan)
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sikit kicap (pilihan, untuk warna)
  • Perasa (jika suka)
  • Minyak untuk menumis
  • Limau (jika suka, untuk perah sebelum makan)

Cara-cara penyediaan:

1. Rendam suhun dengan air biasa sehingga lembut. Toskan dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang holland, bawang putih dan udang kering hingga naik bau.

3. Masukkan isi ayam, sotong dan udang. Masak sehingga separuh masak.

4. Pecahkan telur, gaul rata dan perasakan dengan garam, gula serta perasa ikut selera.

5. Masukkan sos ikan / sos sotong dan sedikit kicap jika suka. Biarkan kuah mereneh seketika.

6. Masukkan suhun dan santan cair. Gaul perlahan hingga semua bahan sebati.

7. Masak sehingga suhun menyerap kuah dan kelihatan sedikit kering berkilat.

8. Masukkan cili hidup, kacau sekejap dan tutup api. Sedia untuk dihidang. Jika suka, boleh perah sedikit limau sebelum makan.

Tips penting supaya suhun goreng jadi cantik dan tak lembik:

  • Jangan rendam suhun terlalu lama
  • Masukkan santan sedikit sahaja, cukup beri rasa lemak
  • Kacau perlahan supaya suhun tidak putus
  • Masak hingga kuah betul-betul meresap sebelum tutup api

Kalau anda sedang cari cara masak suhun goreng yang sedap, mudah dan lain daripada biasa, versi ala Thai ini memang wajib cuba. Sekali masak, confirm jadi menu ulang!

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Yuslizah Mohamed

Baca juga: Cara Masak Sup Suhun Telur Sedap Dan Sihat, Tetap Kenyang Walau Tanpa Nasi!

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago