Siapa yang tak tergoda dengan Nasi Daging Bakar Harimau Menangis? Nasi basmathi lembut, daging bakar manis pedas, dan sos pekat wangi pasti buat semua terliur. Resipi mudah ini sesuai untuk hidangan keluarga atau jamuan istimewa.
Bahan senang didapati, cara memasak mesra pemula, tapi rasa tetap hebat. Dari tumisan rempah hingga daging bakar juicy, setiap suapan menjadikan nasi daging bakar lebih memikat selera.
Baca juga: Nasi Goreng Terlebih Masin? Ini Cara Kurangkan Masin Tanpa Perlu Masak Semula
Bahan-bahan nasi daging:
Cara-cara penyediaan:
1. Didihkan air dalam periuk mengikut sukatan.
2. Panaskan minyak dan minyak sapi, tumis 3 sekawan, bawang, bawang putih, halia, dan serai hingga wangi.
3. Masukkan rempah kurma dan kiub pati, kacau hingga naik minyak.
4. Tambah tomato, susu cair, daun pandan, gula, dan garam. Tutup api, masukkan daun ketumbar.
5. Masukkan beras & bahan tumisan ke dalam rice cooker, kacau sebentar.
6. Letakkan daging rebus atas nasi (jangan kacau), tutup periuk, tekan butang cook.
7. Bila nasi masak, kacau perlahan dengan garfu supaya biji nasi tidak patah.
*Tip: Rendam beras basmathi 20–30 minit untuk nasi lebih lembut.
Bahan-bahan daging bakar harimau menangis:
Cara-cara penyediaan:
1. Campurkan semua bahan kecuali minyak, perap 30 minit.
2. Masukkan minyak, gaul rata, perap lagi 2 jam.
3. Bakar dalam air fryer atau pan hingga masak & sedikit garing.
*Tip: Gunakan minyak sapi ketika menumis rempah untuk aroma lebih wangi.
Bahan-bahan sos daging harimau menangis:
Cara-cara penyediaan:
1. Campurkan semua bahan.
2. Kacau hingga sebati & sos pekat.
3. Hidangkan bersama nasi daging bakar.
*Tip: Tambah cili kisar jika suka pedas.
Tips variasi dan penyimpanan:
Gabungan nasi basmathi wangi, daging bakar lembut, dan sos pekat menjadikan hidangan ini lengkap dan memikat selera semua. Sesuai untuk hidangan keluarga mahupun jamuan istimewa.
Selamat mencuba!
Sumber: Rozmaliza Omar
Baca juga: Resepi Nasi Kak Wok Homemade Asli, Lengkap Ayam Goreng, Sambal & Gulai Pekat
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…