Categories: Resipi

Resipi Spageti Kari, Rupanya Ada Rahsia Buat Kuah Lagi Sedap & Lambat Basi!

Cara masak spaghetti kari yang dikongsikan oleh Puan Mizah Ngatimah ini pasti ramai yang tak pernah cuba.

Pasti ramai yang dah biasa buat mi kari, tapi kali ini apa kata cuba kelainan sikit dengan menggantikan mi kuning dengan spageti pula.

Selain itu, beliau turut berkongsikan rahsia nak dapatkan kuah yang sedap. Selain itu, ada petua untuk elakkan kuah berbau hanyir, berlendir dan tak mudah basi.

Baca juga: Wanita Kongsi Cara Masak Mi Kari Nyonya, Bertahun Guna Resipi Sama Tak Pernah Jemu!

CARA MASAK SPAGHETTI KARI

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam (potong kecil)
  • 1 peket spageti
  • 1 genggam tauge (dicelur)
  • 1 ikat sawi (dicelur)
  • 1 biji kelapa (santan)
  • 1 kiub pati ayam
  • Tauhu puff (tauhu goreng)
  • 4 sudu besar serbuk kari daging
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan (jadikan pes)

Bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5 tangkai cili kering

Semua bahan ini dikisar.

Cara-cara:

  1. Mula-mula rebus spageti. Didihkan air bersama sedikit minyak supaya spageti tak melekat antara satu sama lain.
  2. Sementara itu, lumur ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng ayam hingga separuh masak saja, tak perlu terlalu garing.
  3. Untuk kuah kari, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  4. Masukkan pes kari, biarkan pecah minyak sekali lagi.
  5. Masukkan ayam goreng, kiub pati ayam dan santan.
  6. Tambahkan asam keping dan biarkan kuah mendidih perlahan.
  7. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  8. Akhir sekali, masukkan tauhu puff dan biarkan kuah mendidih sekejap.

Siap! Kuahnya bukan saja sedap, tapi tahan lebih lama kalau ikut cara ini. Boleh hidangkan spageti dengan kuah kari panas bersama tauge dan sawi yang dicelur, telur rebus, sambal merah dan bahan sampingan lain yang disukai. Selamat mencuba!

Sumber: Mizah Ngatiman

Baca juga: Resipi Mi Bandung Original Muar, Kuah Yang Pekat & Padu Memang Nikmat!

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago