resepi mee bandung muar

Resepi Mee Bandung Muar adalah hidangan popular dari Muar, Johor. Ia menggunakan mi kuning yang dimasak dalam kuah merah pekat yang penuh rasa.

Kuahnya dibuat daripada campuran bawang merah, bawang putih, udang kering, tomato, cili kering dan lain-lain yang dimasak hingga sebati dan pekat.

Mi udang ini sangat sesuai dihidangkan semasa rumah terbuka. Pasti tetamu suka dan tak henti-henti memuji.

Baca juga: Rahsia Mi Rebus Johor Yang Penuh Rasa, Nikmat Di Setiap Suapan!

RESEPI MEE BANDUNG MUAR

resepi mee bandung muar

Bahan-bahan:

  • 4 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar lada kisar
  • 50g udang kering
  • 50g udang geragau
  • 100g daging (direbus – simpan air rebusan)
  • 2 sudu besar kacang tanah (dikisar)
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Udang segar (ikut cita rasa – lebih banyak, lebih manis kuahnya)
  • 3 atau 4 biji telur
  • Sayur sawi (ikut suka – letak banyak pun sedap)
  • 1 bungkus mi kuning (450g)
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Rebus daging terlebih dahulu dan ketepikan air rebusannya.
  2. Kisar bawang besar dan bawang putih hingga halus.
  3. Kisar udang kering dan udang geragau secara berasingan daripada bahan kisar bawang.
  4. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bawang sehingga naik bau.
  5. Masukkan lada kisar. Tak perlu terlalu banyak kerana kuah Mee Bandung sepatutnya lebih manis daripada pedas.
  6. Tambahkan sos tomato dan sos tiram, kemudian kacau rata.
  7. Masukkan udang kisar dan kacang tanah kisar.
  8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  9. Tuangkan air rebusan daging tadi. Tambah sedikit air jika perlu untuk sesuaikan kepekatan kuah.
  10. Apabila kuah sudah mendidih, kecilkan api dan masukkan telur sebiji demi sebiji.
  11. Masukkan juga sawi – anggarkan mengikut keinginan, jangan terlalu banyak atau terlalu sedikit.
  12. Akhir sekali, masukkan mee kuning yang telah dicelur sebentar.

Nota: Daging, udang dan telur boleh ditambah mengikut cita rasa. Lagi banyak, lagi sedap!

Sumber: Putri Bungsu

Baca juga: Resepi Bihun Soto Beraroma, Kuah Punyalah Sedap Sampai Esok Teringat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN