cara masak sotong kicap

Ingin masak sotong yang lembut dan berkuah pekat untuk keluarga? Cara masak Sotong Kicap ini mudah diikuti dan pasti sedap dimakan bersama keluarga tersayang.

Perkongsian cara masak Sotong Kicap oleh Siti Fatimah di Facebook menunjukkan masakan sederhana pun boleh jadi sedap luar biasa. Jom kita cuba!

Baca juga: Resipi Sotong Goreng Tepung Sedap, Ini Tips Supaya Tak Hancur Dan Kekal Rangup

CARA MASAK SOTONG KICAP

cara masak sotong kicap

Bahan-bahan:

  • ½ kilogram sotong
  • 2 biji ubi kentang (digoreng dahulu dan ketepikan)
  • 2 batang serai (dititik)

Bahan kisar atau tumbuk:

Bahan perasa:

  • Sedikit air asam jawa
  • 1 kiub pati ayam
  • Sedikit kicap manis
  • Sedikit garam dan gula

Bahan hiasan:

  • 1 biji tomato
  • 6 biji cili padi
  • 1 biji cili merah
  • ½ biji bawang besar
  • Sedikit daun kari

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk bersama serai sehingga naik bau dan kekuningan.

2. Masukkan sotong, gaul rata dan biarkan sotong mengeluarkan air.

3. Masukkan sedikit air asam jawa dan masak sehingga kuah mula pekat.

4. Masukkan ubi kentang goreng, kicap manis, pati ayam, garam dan gula secukup rasa.

5. Teruskan memasak sehingga kuah menjadi agak kering mengikut selera.

6. Akhir sekali, masukkan semua bahan hiasan seperti cili, bawang besar, tomato dan daun kari.

Tip supaya sotong tak liat:

  • Jangan masak sotong terlalu lama pada api besar.
  • Biarkan sotong masak dalam kuah sendiri dahulu sebelum ditambah bahan lain.
  • Masak hingga kuah kering sederhana, bukan terlalu kering.

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Fatimah

Baca juga: Resipi Sotong Ketuk Serai Versi Campak-Campak, Punyalah Wangi Sampai Suami Tergoda

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN