sotong ketuk serai

Peminat masakan berkuah dari Pantai Timur pasti menyukai hidangan Sotong Ketuk Serai. Harumnya serai yang diketuk bersama kuah masam-masam segar, cukup menyelerakan.

Jika anda suka resipi yang campak-campak, inilah dia. Walaupun cara memasaknya sangat mudah dan tak menggunakan banyak bahan, tapi hasilnya tetap menggoda.

Resipi Sotong Ketuk Serai dikongsikan oleh Aza Aza di Facebook yang percubaan pertamanya terus dapat pujian daripada suami tercinta. Jom kita cuba!

Baca juga: Tips Sotong Tak Liat Sepantas 3 Minit, Lembut & Tak Kecut Bila Masak!

RESIPI SOTONG KETUK SERAI

sotong ketuk serai

Bahan-bahan:

  • Air (anggaran sama seperti masak singgang ikan)
  • Bawang besar atau bawang holland (ikut suka)
  • Bawang kecil
  • Serai (diketuk manja)
  • Bawang putih
  • Asam keping
  • Lada besar
  • Sotong (jika ada telur lagi sedap)

sotong ketuk serai

Cara-cara masak:

  1. Masukkan semua bahan kecuali sotong dan lada ke dalam periuk bersama air.
  2. Reneh sampai mendidih dan biar bahan-bahan tadi sebati serta mengeluarkan aroma wangi.
  3. Masukkan sotong dan lada besar. Jangan masak terlalu lama supaya sotong tidak keras.
  4. Perasakan dengan garam secukupnya. Jika nak, boleh letak sedikit gula, tapi sotong segar biasanya sudah cukup manis.

Lauk ini paling sedap dimakan panas-panas dengan nasi putih. Kuahnya ringan, wangi serai dan rasa masam manis semula jadi pasti buat orang tak henti menambah nasi.

Selamat mencuba!

Sumber: Aza Aza

Baca juga: Resepi Sotong Goreng Kunyit Lembut & Tak Liat Kalau Ikut Petua Ini, Confirm Puas Makan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN