
Nak buat Sotong Goreng Tepung sedap menjadi, cubalah resipi yang kami kongsikan ini. Luarnya rangup elok dan dalamnya lembut berjus, memang tak cukup sepinggan.
Ramai yang hadapi masalah Sotong Goreng Tepung yang hancur dan tepungnya tanggal semasa menggoreng. Sebenarnya jika tahu cara yang betul, mesti dapat hasil berbaloi.
Jadi kali ini, jom kita belajar cara untuk dapatkan Sotong Goreng Tepung sedap, tak hancur dan kekal rangup mengikut resipi oleh Awatif Osman di Facebook. Jom kita cuba!
Baca juga: Tips Sotong Tak Liat Sepantas 3 Minit, Lembut & Tak Kecut Bila Masak!
RESIPI SOTONG GORENG TEPUNG SEDAP

Bahan A:
Cara menyediakan bahan A:
- Basuh dan tos sotong seketika.
- Masukkan 1 hingga 2 sudu cuka (saya guna cuka kurma). Cuka untuk keluarkan air dari sotong. Tak perlu banyak, nanti lari rasa.
- Tumbuk halus bawang putih.
- Kacau dalam tos sotong bersama lada sulah dan sedikit garam. Biarkan 10 minit.

Bahan B:
- 1 cawan tepung gandum
- ½ cawan tepung jagung
- ¼ cawan tepung beras
- 1 sudu garam
- Sedikit kunyit
- Serbuk lada sulah
- Serbuk lada hitam
Cara menyediakan bahan B:
- Kacau semua sekali.
- Biarkan kering.
- Jangan tambah air.
Cara-cara memasak:
- Panaskan minyak yang banyak.
- Kacau telur putih dan kuning. Jangan kacau terlalu lama sebab takut telur ringan dan tepung tak melekat nanti.
- Masukkan sotong tadi ke dalam telur.
- Celup dalam adunan tepung tadi dan goreng. Jangan goreng terlalu lama, nanti jadi liat.
Selamat mencuba!
Sumber: Awatif Osman
Baca juga: Resipi Sotong Ketuk Serai Versi Campak-Campak, Punyalah Wangi Sampai Suami Tergoda
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














