Categories: Resipi

Cara Masak Sotong Kam Heong. Nak Ganti Dengan Ayam, Lala, Udang Pun Boleh

Sotong Kam HeongSotong Kam Heong

Ada sotong dalam peti tapi tak tahu nak masak apa? Jom cuba Resipi Sotong Kam Heong yang mudah dan sedap ini.

Kalau tak ada sotong, ganti dengan ayam, lala atau udang pun boleh. Rasa sedap tetap sama. Ikut saja resipi di bawah. Selamat mencuba!

Resipi Sotong Kam Heong

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar udang kering – cincang halus
  • 3 ulas bawang putih ( dalam gambar 6 sebab kecil) – cincang halus
  • 1 biji bawang besar/holland – cincang halus
  • 2 inci halia – cincang halus
  • 6 biji cili padi
  • 2 tangkai daun kari
  • Sedikit daun sup untuk hiasan
  • Sedikit garam dan serbuk perasa
  • 3 ekor sotong

Bahan-bahan pes:

  • 2 sudu besar rempah kari (bancuh dengan air)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap

Campur je semua bahan dalam satu mangkuk

Cara memasak:

1. Panaskan minyak masak anggaran 5 ke 6 sudu besar. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan udang kering yang dicincang halus.

Dah kekuningan, masuk daun kari. Oh ya, lebih sedap jika guna bawang holland.

2. Masukkan cili api.

3. Bila dah naik bau harum semerbak, tuangkan campuran bahan pes. Kacau rata.

4. Masak sampai pecah minyak.

5. Masukkan 1 cawan air. Kacau lagi.

6. Masukkan sotong. Kacau sebati. Biar sekejap sampai sotong lembut. Jangan biar lama sangat, nanti liat.

7. Masukkan garam dan serbuk perasa mengikut selera.

8. Akhir sekali taburkan daun sup sebagai penyeri dan penyedap rasa.

9. Dah siap, selamat mencuba!

Kredit: Liza Idris

Nasiha

Recent Posts

Resipi Kacang Telur Daun Kari, Kudapan Depan TV Yang Rangup & Rapuh

Selain kuaci, kacang juga merupakan kudapan yang digemari ramai. Jadi, kacang telur daun kari ini…

11 hours ago

Resipi Popia Daging Rangup & Penuh Inti, Memang Tak Cukup Makan Satu!

Selain popia sayur, popia goreng daging boleh tahan sedap juga. Teksturnya yang rangup dan inti…

12 hours ago

Resepi Kek Limau Mandarin Guna Blender, Hasilnya Kek Jadi Gebu Gebas & Cantik

Dapat sekotak limau mandarin sempena perayaan Tahun Baru Cina kelmarin, tapi tak tahu nak habiskan…

12 hours ago

Cara Perah Santan Yang Pekat Likat, Teknik Ini Confirm Tak Sakit Tangan

Sesetengah orang suka guna santan daripada kelapa parut kerana hidangan terasa lebih asli. Kali ini,…

13 hours ago

Cara Sangai Tepung Gandum Tanpa Kuali, Buat Pakai Oven Jadi Tahan Lama!

Salah satu tips untuk buat biskut yang sedap adalah tepungnya disangai dahulu. Selain menggunakan kuali,…

14 hours ago

Cara Buat Ikan Bawal Stim Ala Cina, Resipi Sihat Untuk Yang Tengah Diet!

Jika dah bosan dengan ikan stim limau, apa kata cuba resepi ikan bawal stim ala…

15 hours ago