Categories: Tips & Petua

Cara Sangai Tepung Gandum Tanpa Kuali, Buat Pakai Oven Jadi Tahan Lama!

Salah satu tips untuk buat biskut yang sedap adalah tepungnya disangai dahulu. Selain menggunakan kuali, ada cara sangai tepung gandum yang lebih mudah di rumah.

Sangai dalam masakan bermaksud menggoreng dalam kuali tanpa minyak dengan api perlahan dan sentiasa digaul supaya tak hangit. Biasanya, orang dulu-dulu yang gunakan cara ini.

Jika anda sangai rempah-ratus seperti biji ketumbar, jintan manis, jintan putih, lada hitam, lada putih, badam, kacang dan sebagainya, hidangan yang berempah akan jadi lebih beraroma.

Bagi tepung gandum pula, orang dulu-dulu akan sangai untuk buat kuih, kek dan biskut yang tahan lama. Namun, caranya agak tradisional dengan menggunakan kuali dan dapur.

Oleh disebabkan cara ini agak renyah dan memerlukan masa dan tenaga yang banyak, kami cuba cari cara sangai tepung gandum yang lebih mudah di media sosial.

Akhirnya, kami terjumpa cara menarik yang dikongsikan oleh Muhamad Farid Omar di Facebook dan sangat berguna untuk anda praktikkan. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Cara Cuci Telur Itik Sampai Putih Bersih Dengan Mudah, Tak Perlu Sental Banyak Kali

CARA SANGAI TEPUNG GANDUM

1. Mula-mula, panaskan oven dengan menggunakan suhu 160ºC.

2. Selepas itu, ayakkan tepung gandum dan masukkan ke dalam loyang acuan kek.

3. Kemudian, terus bakar tepung itu dalam oven lebih kurang 20 minit.

4. Keluarkan tepung dan ambil sudu, kemudian kacau sampai tepung itu berderai sebab apabila bakar, tepung itu jadi agak keras dan berketul.

5. Seterusnya, tunggu sampai tepung sejuk dahulu.

6. Akhir sekali, ayak lagi sampai ketul-ketul tepung itu hilang. Siap untuk digunakan!

Setelah menggunakan cara sangai tepung gandum ini, anda akan dapati ia menjadi ringan, rangup dan tahan lama. Tambahan pula, ia membantu kek dan biskut anda jadi lebih sedap.

Manalah tahu tiba-tiba dapur gas habis, bolehlah pakai cara sangai dengan oven ini. Bukan saja mudah, malah jimat masa dan tenaga.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Muhamad Farid Omar

Baca juga: Cara Rebus Sagu Besar Yang Jimat Gas, Confirm Jernih Dan Sebiji-Sebiji Elok!

Aimi

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

23 hours ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

1 day ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

1 day ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

1 day ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

1 day ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

1 day ago