Categories: Resipi

Cara Masak Nasi Minyak Paling Cepat Guna Periuk Nasi, Sedap Setanding Kenduri Kahwin!

Nasi minyak memang sinonim dengan majlis kenduri, jamuan istimewa dan hidangan beraroma yang menyelerakan. Cara masak nasi minyak, tak susah seperti yang disangka.

Dengan resepi nasi minyak simple perkongsian oleh Cik Puan Sarah, anda boleh hasilkan nasi minyak yang wangi, lembut dan sedap hanya menggunakan periuk nasi saja. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Nasi Tomato Ala Lauk Pengantin, Sebijik Macam Makan Di Kenduri

CARA MASAK NASI MINYAK

Bahan-bahan:

  • Kismis (secukupnya)
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Kayu manis
  • 1 sudu besar marjerin
  • Daun pandan
  • 1 biji kiub ayam
  • ½ cawan susu cair
  • 5 sudu besar minyak masak
  • Beras (cuci bersih dan tos)

Bahan kisar:

  • 5 biji bawang merah
  • ½ biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • ½ inci halia

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak masak, minyak sapi dan marjerin di dalam periuk nasi.

2. Tumis 3 sekawan (bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis) hingga naik bau.

3. Masukkan daun pandan, biarkan sehingga wangi.

4. Masukkan bahan kisar, tumis sehingga agak kering, kemudian masukkan kiub ayam.

5. Masukkan kismis dan susu cair, masak hingga sedikit kering.

6. Masukkan beras yang telah dicuci dan ditos, gaul rata.

7. Tambahkan air seperti masak nasi biasa (lebihkan sedikit).

8. Jika suka rasa masin, boleh tambah sedikit garam.

9. Tutup periuk nasi dan masak seperti biasa sehingga nasi masak sempurna.

Tips supaya nasi minyak lebih sedap:

  • Gunakan beras basmati untuk tekstur lebih panjang dan cantik.
  • Jangan terlebih air supaya nasi tak lembik.
  • Masukkan air panas untuk hasil nasi lebih cantik.
  • Boleh tambah sedikit air mawar jika suka aroma kenduri.

Cara ini memang mudah, cepat dan tak renyah, sesuai untuk sesiapa saja yang nak masak nasi minyak sendiri di rumah. Walaupun ringkas, rasanya tetap lemak, wangi dan menyelerakan.

Selamat mencuba!

Sumber: Cik Puan Sarah

Baca juga: Resepi Acar Rampai Orang Kahwin, Masam Manis & Rangup Macam Katering Buat!

Aimi

Recent Posts

Rahsia Roti Lembut Sampai Berhari-Hari, Satu Doh Boleh Buat Pelbagai Jenis Roti!

Kalau sedang mencari resipi roti yang boleh dibuat untuk sarapan atau bekal anak ke sekolah,…

1 day ago

Sardin Je Ada? Jangan Risau, Tukar Jadi Kari! Resipi Sardin Kari Ini Memang Buat Nasi Bertambah!

Resipi Sardin Kari sesuai untuk anda yang sudah tidak tahu nak makan apa. Kalau sardin…

1 day ago

Resipi Kuih Cucur Topi, Hanya Guna 5 Bahan Untuk Hasil Rangup Di Tepi & Lembut Di Tengah

Kuih cucur topi antara kuih tradisional yang mungkin buat ramai teringat zaman kecil. Bentuknya yang…

1 day ago

Resipi Ikan Temenung Masak Asam, Menu Kampung Yang Sedap Sampai Kuah Pun Licin!

Ikan temenung masak asam antara lauk kampung yang nampak ringkas, tetapi gabungan rasa masam, manis…

1 day ago

Telur Dalam Peti Sejuk Dah Lama? Ini Cara Mudah Nak Tahu Masih Elok Atau Tidak

Pernah tak buka peti sejuk dan ternampak beberapa biji telur yang sudah lama dibeli? Tarikh…

1 day ago

Cara Buat Tart Nenas Tanpa Telur, Rahsia Sedap Rupanya Terletak Pada Jenis Butter

Nak tahu cara buat tart nenas yang sedap, mudah diterap dan tidak menggunakan telur? Rupanya,…

1 day ago