resepi acar rampai

Jika rindu masakan kenduri, wajib cuba resepi Acar Rampai yang sesuai dijadikan sebagai pelengkap hidangan. Rasa masam manis cukup seimbang, setiap suapan jadi berselera.

Hasil daripada resepi Acar Rampai oleh Abg Apitte di Facebook yang segar dan teksturnya yang rangup membuatkan ramai makan nasi sampai bertambah. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Nasi Tomato Ala Lauk Pengantin, Sebijik Macam Makan Di Kenduri

RESEPI ACAR RAMPAI

resepi acar rampai

Bahan-bahan:

  • 5 biji timun muda (potong memanjang, tak perlu ambil bahagian tengahnya)
  • 2 biji lobak merah
  • 2 sudu kapur makan
  • 1 cawan minyak masak
  • 15 biji bawang putih
  • 10 biji bawang ros
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 inci halia (dikisar)
  • 2 hingga 3 sudu cili kisar
  • 3 sudu biji sawi
  • 2 sudu makan serbuk kari daging
  • 2 sudu makan serbuk kari ikan
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • Air secukupnya
  • 4 hingga 5 sudu makan cuka makan
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos cili
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • ½ genggam bijan sangai atau kacang goreng tumbuk

resepi acar rampai

Cara-cara masak:

  1. Rendam timun muda dan lobak merah dengan kapur makan selama 30 hingga 40 minit sebelum masak supaya rangup, kemudian bilas dan toskan.
  2. Panaskan minyak masak, masukkan bawang putih dan bawang ros, kemudian tumis sekejap.
  3. Kemudian, masukkan bawang besar kisar, halia kisar, cili kisar dan biji sawi, kemudian tumis sampai wangi.
  4. Masukkan serbuk kari daging, serbuk kari ikan, serbuk kunyit dan air, kemudian tumis sampai pecah minyak.
  5. Masukkan cuka makan, sedikit sos tiram dan sos cili, gula dan serbuk perasa (acar kena manis-manis masam), kemudian masak sampai agak pekat dan tutup api.
  6. Setelah suam, baru masukkan sayur tadi. Boleh tambah bijan sangai atau kacang goreng tumbuk.

Selamat mencuba!

Sumber: Abg Apitte

Baca juga: Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin, Guna Minyak ‘Ini’ Baru Ada Aroma Pengantin!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN