Categories: Tips & Petua

Cara Masak Nasi Buang Kanji Yang Menjadi, Hasil Sebutir-Sebutir & Cantik Kejadiannya

Ramai yang suka makan nasi tapi pada masa yang sama ingin mengamalkan diet yang sihat. Sebenarnya, ada cara masak nasi buang kanji supaya hasilnya lebih sihat dan rendah gula.

Nasi buang kanji merupakan nasi yang dimasak dengan cara membuang air rebusan yang mengandungi lebihan kanji. Proses ini dapat mengurangkan kandungan karbohidrat ringkas dalam nasi.

Kami terjumpa perkongsian menarik oleh Nur Aida Md Zainuddin di Facebook tentang cara masak nasi sihat yang sesuai buat mereka yang ingin berdiet. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Cara Kukus Nasi Supaya Lebih Wangi & Lembut, Kena Masukkan Bahan ‘Ini’ Dalam Air!

CARA MASAK NASI BUANG KANJI SUPAYA LEBIH SIHAT

1. Mula-mula, cuci beras dengan bersih dan rendam beras sebentar, kemudian toskan.

2. Selepas itu, didihkan air dalam periuk biasa atas api dapur.

3. Apabila air sudah mendidih, masukkan beras ke dalam periuk dan masak sampai beras kembang.

4. Apabila beras sudah kembang, toskan dan lalukan dengan air paip.

5. Akhir sekali, kukus semula secara kosong sebentar saja. Siap untuk digunakan!

Apabila masak nasi seperti biasa dalam periuk nasi tanpa toskan air, semua kanji larut kekal dalam nasi. Tapi apabila dimasak dengan menggunakan teknik buang kanji, lebihan kanji itu dapat ditapis dan dibuang.

Cara masak nasi buang kanji ini bukan saja bagus untuk diet, malah sesuai buat mereka yang tak berapa pasti tentang sukatan air untuk masak nasi. Hasilnya, nasi lebih ringan, sihat dan tak melekat.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Nur Aida Md Zainuddin

Baca juga: Cara Elak Nasi Cepat Basi, Rupanya Ada Petua Kena Ikut Supaya Tahan Lama!

Aimi

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

32 minutes ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

53 minutes ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 hour ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

2 hours ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

3 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

3 hours ago