
Ramai yang mudah panik apabila periuk nasi tiba-tiba rosak. Maklumlah, sehari tanpa nasi terasa seperti ada yang kurang. Jangan bimbang, anda boleh gunakan cara kukus nasi ini.
Selain digunakan ketika periuk nasi rosak, kaedah ini juga sangat berguna apabila berlaku gangguan bekalan elektrik di rumah. Paling penting, hasil nasi yang dimasak lebih wangi dan lembut berbanding cara biasa.
Dzuriasikim Dzulkefli telah kongsikan cara kukus nasi di Facebook yang dibuat oleh anak perempuan sulungnya dan baunya harum sampai semerbak satu rumah. Jom kita cuba!
Baca juga: Wanita Kongsi Cara Simpan Beras Selama 2 Tahun, Kutu Beras Pun Tak Berani Singgah!
CARA KUKUS NASI

Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, didihkan air dalam pengukus.
2. Kemudian, masukkan daun pandan.
3. Selepas itu, bersihkan beras.
4. Seterusnya, masukkan ke dalam mangkuk.

5. Kemudian, masukkan air seperti nak masak nasi. Jika terkurang pun tak mengapa kerana nasi akan tetap masak, tapi jangan lebih air sebab takut nasi akan jadi lembik.
6. Setelah itu, susun mangkuk dalam pengukus.
7. Akhir sekali, kukus sampai nasi masak. Siap untuk dinikmati!
Nasi kukus memang ada rasa dan keenakan tersendiri berbanding nasi yang biasa ditanak. Paling menarik, anda tak perlu risau nasi hangus sebab cara kukus nasi ini memang selamat dan hasilnya mesti sedap.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Dzuriasikim Dzulkefli
Baca juga: Cara Nak Masak Nasi Guna Beras Biasa, Hasil Sebiji-Sebiji Macam Pakai Beras Mahal
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














