cara masak kerang rebus

Cara masak kerang rebus sebenarnya tidak susah, tetapi ramai yang tersilap ketika memasaknya sehingga isi kerang menjadi kecil, liat dan susah dikeluarkan daripada kulit. Rahsia utama untuk dapatkan kerang rebus yang sedap adalah pada tempoh masa memasak.

Kerang tidak perlu direbus terlalu lama kerana isi kerang yang terlebih masak akan mudah mengecut dan menjadi keras. Dengan teknik yang betul, kerang boleh kekal berjus, manis dan penuh dalam cangkerangnya.

Bagi yang suka makan kerang rebus cicah dengan air asam, sambal atau begitu sahaja, boleh cuba cara mudah ini. Tak perlu letak banyak bahan, cuma gunakan air, garam dan pastikan masa memasak tepat selama 3 minit sahaja.

Baca juga: Cara Rebus Telur Supaya Kulit Tak Melekat & Senang Dikopek, Tak Perlu Letak Cuka Atau Garam Pun!

CARA MASAK KERANG REBUS SUPAYA KEKAL JUICY & TAK MELEKAT DI KULIT

cara masak kerang rebus

Bahan-bahan:

  • Kerang secukupnya (dibersihkan)
  • 4 sudu makan air
  • ½ sudu kecil garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan lebih kurang 4 sudu makan air di dalam periuk.
  2. Apabila air mula mendidih, masukkan ½ sudu kecil garam dan kacau sebentar.
  3. Masukkan kerang yang telah dibersihkan ke dalam periuk.
  4. Tutup periuk dan masak kerang selama 3 minit sahaja.
  5. Selepas cukup 3 minit, terus tutup api dan angkat kerang.
  6. Kerang rebus sedia dinikmati bersama pencicah kegemaran.

Tip Penting: Jangan Masak Kerang Terlalu Lama

Ramai yang ingat kerang perlu dimasak lama supaya lebih selamat dimakan, tetapi tempoh memasak yang terlalu lama boleh menyebabkan tekstur isi kerang berubah menjadi liat.

Kunci utama cara masak kerang rebus yang sedap adalah jangan terlebih masa. Bila cukup 3 minit, isi kerang akan kekal lembut, juicy dan terasa manis semula jadi.

Dengan cara mudah ini, bolehlah cuba buat kerang rebus di rumah yang rasanya macam baru beli di kedai. Isi penuh, puas makan dan tidak perlu bersusah payah mengopek kerang yang melekat pada kulit.

Sumber: Thread @masterhananhumairah

Baca juga: Cara Kukus Pulut Tanpa Rendam, Guna Cara Ini Confirm Masak Cantik & Tekstur Sebiji-Sebiji!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN