cara nyahbeku ayam

Cara nyahbeku ayam dengan pantas sering menjadi persoalan, terutamanya apabila kita mahu lembutkan ayam beku yang keras kejung dalam masa yang singkat. Kalau nak tunggu cair dengan cara biasa, mahu makan masa sampai 2 jam.

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang tip rendam ayam beku dalam air garam untuk mempercepatkan proses nyah beku. Persoalannya, adakah ini sekadar mitos orang tua atau fakta sains?

Baca juga: Jangan Biar Iodin ‘Lari’! Ini Cara Betul Simpan Garam Supaya Tak Hilang Khasiat

CARA NYAHBEKU AYAM DENGAN CEPAT GUNA GARAM, BETUL KE BERKESAN?

Jawapannya, ya! Ia memang berkesan. Ini bukan sihir, tetapi adalah tindak balas fizik dan kimia. Berikut adalah sebab kenapa teknik ini sangat menjadi:

  • Garam mempunyai sifat unik yang boleh merendahkan takat beku air.
  • Apabila garam larut dalam air rendaman, ia mempercepatkan proses pertukaran haba. Hasilnya, ais pada ayam akan mencair dengan jauh lebih laju berbanding penggunaan air paip biasa.
  • Jika cara biasa mengambil masa 2 jam, teknik air garam ini hanya memerlukan masa sekitar 30 minit sahaja!

Selain jimat masa, teknik ini sebenarnya digunakan oleh cef profesional yang dipanggil sebagai “Brining”. Air garam akan meresap sedikit ke dalam isi ayam dan memecahkan struktur protein.

Ini menjadikan isi ayam lebih lembut dan berjus (juicy) selepas dimasak. Tak ada lagi masalah isi ayam rasa kering atau keras macam kertas pasir!

cara-nyahbeku-ayam-dengan-cepat

Walaupun berkesan, aspek kebersihan dan keselamatan makanan tetap kena jaga. Pastikan anda ikut syarat penting dari Public Health Malaysia ini:

  1. Jangan guna air panas: Ini paling penting! Gabungan air panas dan ayam mentah adalah “parti liar” untuk bakteria membiak dengan sangat cepat. Guna air suhu bilik atau air sejuk sahaja.
  2. Jangan biar terlalu lama: Sebaik sahaja ayam sudah lembik dan cair, terus masak. Jangan biarkan ayam terdedah terlalu lama pada suhu bilik untuk mengelakkan risiko kuman.
  3. Bilas bersih: Bagi anda yang perlu menjaga pengambilan garam (darah tinggi), pastikan ayam dibilas bersih-bersih selepas proses defrost untuk membuang lebihan sodium.

Teknik ini memang sangat membantu suri rumah atau sesiapa sahaja yang nak masak dengan cepat. Dah tahu rahsia ini, tak perlu lagi stres tunggu ayam cair berjam-jam!

Sumber: Public Health Malaysia

Baca juga: Buka Kotak Besar Tapi Guna Sikit? Ini Cara Simpan Santan Supaya Tak Masam & Tahan Berbulan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN