sambal tumis ikan masin

Kalau anda peminat ikan masin, wajib cuba resepi sambal tumis ikan masin ini. Sesuai dijadikan lauk untuk dimakan dengan nasi panas. Dijamin makan bertambah!

Jika tak ada selera makan pun terus jadi berselera sebab bau ikan masin yang mengiurkan dan menggugah selera.

Jika ada yang ingin mencuba, jom lihat resipi lengkap langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Puan Saida Wati Nordin di bawah.

Baca juga: Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal ‘Melimpah’, Makan Dengan Nasi Panas Memang Ngam

RESIPI SAMBAL TUMIS IKAN MASIN

sambal tumis ikan masin

Bahan-bahan:

  • 4 ekor ikan masin (dipotong kecil)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 tangkai cili merah (dihiris)
  • 4 biji cili padi (dihiris)
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit asam jawa (dicampur sedikit air)
  • Minyak masak secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan masin hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga wangi dan sebati dengan bawang.
  4. Tambahkan sos tiram, sos tomato, gula dan air asam jawa. Gaul rata.
  5. Masukkan ikan masin yang telah digoreng bersama cili merah dan cili padi. Gaul sehingga semua bahan sebati.
  6. Angkat dan sedia untuk dihidang. Hidangkan panas bersama nasi putih atau kuetiau goreng untuk kelainan rasa.

Sumber: Saida Wati Nordin

Baca juga: Cara Masak Ikan Siakap Rebus Ala Kukus, Rasa Kuahnya Segar & Ringan Bila Dihirup

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN