bihun goreng kampung

Cara memasak bihun goreng kampung ini sangatlah mudah. Resipi ini tidak menggunakan banyak bahan, sesuai dinikmati pada bila-bila masa dan ia juga pasti digemari ramai.

Resipi perkongsian oleh Puan Adila Razak ini memang terbaik dan sedap, rasa sama seperti mak-mak kita sediakan. Jom lihat bahan-bahan dan cara memasaknya di bawah.

Baca juga: Resipi Suun Goreng Ala Thai, Orang Kata Makan Ini Lagi Sedap Dari Bihun!

Resipi Bihun Goreng Kampung

Bahan-Bahan untuk ditumbuk:

Bahan-bahan lain:

  • 1/2 bungkus bihun direndam hingga lembut & toskan
  • 1/2 labu bawang besar holland dihiris dadu
  • 10 ekor udang
  • Carrot dihiris (optional)
  • Kubis dihiris (optional)
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 4 tangkai cili merah biji dihiris

Bahan-bahan hias:

Cara-caranya:

1. Panaskan kuali dan tumis bawang besar holland. Kemudian masukkan pula bahan tumbuk dan sambung tumis.

2. Masukkan pula cili kisar & udang. Bila sudah pecah minyak masukkan sedikit air. Kacaukan hingga sebati kemudian sos tiram, sos ikan & sos tomato.

3. Perisakan terlebih dahulu & barulah dimasukkan bihun yang telah ditoskan. Kacau sebati kemudian masukkan pula sayur. Apabila bihun sudah kering dan masak bolehlah dimasukkan hirisan cili.

4. Tutup api dan sedia untuk dihidang bersama taburan bawang goreng dan daun bawang.

5. Siap!

Kredit: Adilah Razak

Baca juga: Resipi Bihun Soto Yang Mengiurkan, Sup Cukup Rasa Rempah. Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN